.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

KUIH LAPIS 1 MALAYSIA

Sumber resepi:- http://www.sitidelima.com
Resepi asal: Rinncan 
Thanks CT..mama ambil resepi ya...
Mama guna loyang 6 1/2 X 6 1/2 inci.

Bahan2:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan
(mama  tambah 1/4 cawan lagi...)
1/2 s/t esen ros (optional)
Pewarna hijau & merah

Cara;-
Panaskan kukusan.sapu loyang dgn sedikit minyak.
Masukkan loyang dalam kukusan.
Campur semua bahan kecuali pewarna & esen rose.
Tapis adunan dan bahagi 3
-warna asal (putih)
-warna hijau
-warna merah
Bubuh esen ros pada adunan warna merah.
Tuang adunan putih dahulu,diikuti hijau & merah
Buat selapis2...setiap lapisan kukus 5 minit.
Gunakan cawan yg sama utk setiap lapisan.
Untuk lapisan akhir...kukus 15-20 minit
TIP:- Buka penutup kukus dan biarkan kuih selama 10 minit atas kukusan tanpa menutup api
utk mendapatkan permukaan yg kering,sebelum itu lap dulu permukaan dgn kitchen towel.





TIPS: Utk mendapatkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik,sekiranya semua sukatan tepung adalah 2 cawan,maka adunan yg telah dicampur santan menjadi 4 cawan.Maksudnya jumlah cecair adalah 2 kali ganda adunan tepung.Terimakasih CT sharing tips..

13 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Noor :)
Cantik & sweet colour kuih lapis tuh :P

Scha406 said...

lemak bkrim nih :)

izahdaut said...

kemasnya lapisan tu.cantik

CT Delima said...

As'salam mamanoor

cantiknya melapis kuih ni mama. kaler pun lembut, sejuk mata memandang. ct pun memang suka makan kuih lapis. tambah anak2 kalau makan suka bukak selai2 kuih tu, menghayati rasa sedap kuih lapis katanya.. hihihi

ibuintan said...

memang cantik dan 1 Malaysia

.sebelum itu lap dulu permukaan dgn kitchen towel... lap apa ni?

noorsafone said...

Ibuintan
permukaan kuih yg ada air tu ibuintan sayang oii...

Ct delima
thanks Ct...memang tak mengecewakan resepi ini..lembut kaler ya...terima kasih la,jgn puji banyak2 nanati buat kali kedua kang takut tak jadi pulak...hahaha..

Izahdaut
terimakasih izah...kuih2 yg izat buat pun selalu cantik2.

Sha as
ermm memang lemak,boleh buka sekeping2.

Mamahawa/mamanani
terimakasih2..tu yg semangat nk mencuba resepi yg lain2...sbb dpt pujian...hehehe.

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe suka makan...selapis selapis..heheh

Chik Mimi said...

cantik ler mama sweet je kalernya tu

Syimama said...

amboi..cantiknya..tersusun rapi dengan lapisan yang sekata. Tentu sedap sekali

noorsafone said...

Hawa
sama lah,mama pun kopek selapis2 juga

Chik Mimi
thanks chik Mimi

Syimama
ermm..memang sedap lemak berkrim disukai ramai..hehehe..

Anna Qawina said...

rajinnya akak melapis yer..cantik lak potongan kuih tu

Rosmarieza said...

warne warninyer kuih lapisss~ nak sikittt!:)

Menusuk Hati said...

datang sini je jadi lapar..hehe..dah cuba buat kek lapis sarawak x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_