(Kuih yg dah digolekkan dgn kelapa parut)
Assalamualaikum..
Mama memang suka sangat dgn kuih ini..sesuai utk minum petang ataupun sarapan pagi..sedap bila digolekkan dgn kelapa parut yg dibubuh sedikit garam...manis,lemak (kelapa parut) & masin2 gitu..erm lembut dan kenyal bila digigit..Terimakasih pada tuan punya resepi...YATIMEMORIES. http://yatiememories.blogspot.com/
(Mama buat 1/2 adunan je)
Memang sedap resepi Yatie ni,rugi kalau tak cuba...kuihnya lembut..kenyal2 gitu.
Bahan-bahan :
* 1 cawan gula
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam
Cara-cara :
- Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
- Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
- Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
- Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
- Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
- Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
- Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
- Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
- Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
- Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
- Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
- Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
- Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.
SELAMAT MENCUBA
11 comments:
salam kak
hari tu mak sedara buat sedap cume gula tak warna hitam jadi pucat jerk :)
mama..sedapnye kuih ni..sha pn suke..dulu arwah opah slalu buat :)
Assalamulaikum mamanoor
Ini lagi sedap ni mama. kalau anak2 ct suka kalau ct buat dalam acuan lompang tu, sebab kecik dan mudah terus satu2 masuk dalam mulut... hihihi. mama buat banyak ker..? mintak sikitttttt...
Mama Noor....
Kuih fav husband cek ni...ngap2 masuk dalam mulut....:)
Assalam mama..
Insyahallah nak cuba buat kuin kaswi resepi mama...hehehe
Hawa
kalai nk itam,guna gula merah yg itam sikit
Sha
oh ye ke..buat la senang je
CT
lain kali mama nk masuk dlm acuan lompang juga la..berapa lama nk kukus...kalau dlm acuan kecil tu ..?
Cik cek
nanti buat ya..
Cik sue
selamat mencuba..kuih yg mudah nk buat..mama buat 1/2 adunan je...
petang2 gini dpt sepiring kuih kaswi gini, layan gak ni.. hehe.. pandai mama buat kuih..
btw nak bgth, t dh pindah ke:
http://chakapchakap.wordpress.com
terima kasih
kak noor...
cantiknya akak buat...apsal sy buat tak jd cam ni???huhuhu
Azian
Ala yan buat je ikut resepi tu,confirm jd,dulu akak fail pasal kuih2 talam ni,sekarang bolehlah...belajar dr kesilapan..
wahh saya suka.cuma , saya ni tak leh mkn yg tebal2.tenggelam gigi..hehe.lawak sket perangai saya ni kan sis?
Lydia
kalau macam tu kene potong nipis2 la ya..hehe
Post a Comment