.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

PUTERI MAMA DI METRO AHAD


Assalamualaikum.
Puteri mama yg sulung keluar s/khabar Metro Ahad lepas,cerita pasak kraftangan yg menjadi minat beliau semenjak habis SPM lagi.Jom kita baca artikal dibawah kepada yg tak sempat beli Metro Ahad lepas.

Petikan Metro Ahad 17 Julai 2011.
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz.

Jika kreatif,apa saja bahan 'disentuh' pasti berubah menjadi sesuatu yg menarik dan tidak pernah terfikir mampu dilakukan.Pertama kali melihat rantai kunci dan aksesori telefon bimbit,sama sekali tidak menyangka ia diperbuat daripada kain belacu yang sering digunakan utk membuat bengkung dan aktiviti perubatan.
Bagi NOOR EIZIE EIZYANIE MOHAMAD SAFUAN dia cuba mencari sesuatu yg berbeza dengan menggunakan kain itu untuk ditukarkan menjadi aksesori yang cantik dan comel.Katanya dia menjual aksesori itu menerusi menerusi blognya sejak Mei bersama rakannya,Mohd Yusof Abdul Aziz dan sehingga kini mendapat sambutan menggalakkan
Katanya daripada segi corak corak,rekaan dan hiasan aksesori berkenaan dihasilkan olehnya dan menjadi tempat dia mencurahkan kreativitinya
Kain belacu menyerupai seakan-akan kanvas dan dia hanya menggunakan pen marker untuk melukis dan menulis diatasnya.Untuk menjadikanya lebih menarik,dia menggunakan material lain untuk digabungkan dengan aksesori berkenaan.
Selain rantai kunci dan aksesori telefon bimbit,dia menggunakan kain itu untuk membuat beg menyimpan duit syiling dan bekas pencil.
harga ditawarkan sekitar RM4 hingga RM5.50 bergantung kepada saiz,corak dan bentuk.Pelanggan diberi kebebasan untuk menentukan corak masing-masing.
kepada yang berminat sila klik EIZIE untuk mengetahui lebih lanjut atau lama sosial facebook.
www.facebook.com/ezlovey.


Key chain..pandangan hadapan


Pandangan belakang.

Bekas pensil yg sudah pun disiapkan...
Key chain yg belum diletak rantai lagi.
Dompet syiling yg dibuat khas utk mama.
Pandangan hadapan & belakang.


25 comments:

halila Ibrahim said...

kreatif nya.. kalau dah kreatif bg apa pun dia boleh buat kan...saya tak kreatif langsung.. haha

intan morsalin said...

wowwww......dasat anak k.noor..mmg kreatif...salute la...muda2 dah pandai bisness

mysha said...

mAMa fM ada baCa nih daLam paPer..baRu naK suRf websiTe carI.. rupenyER aNak maMA..

kreaTif sgt diER...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mama..

wah.. kreatifnya anak mama ni... cantik! suka sangat kerja2 kraf gini.. sebelum kawin mmg suka isi masa lapang dengan buat kraf tangan.. tp sy byk buat bunga2an utk digubah sebagai hiasan dlm rumah... masa nak kawin.. semua bunga telur & hantaran saya buat sendiri seorang diri.. hantaran adik2 pun sy yg siapkan.. rasa puas dpt siapkan sendiri walaupun tak secantik org lain.. hehe.. skrg ni dah beranak pinak.. dah takde masa nak buat tu semua... jadi.. hobi memasak je yg boleh diteruskan sebab itu perkara wajib bagi setiap ibu & isteri... hehe..

Syimama said...

salam... tahniah, cantik dan kreatif..semoga terus majujaya.

anymz said...

kreatip tul anak kak noor..untung lah akak kan?..ado yg rajin masak2 cam mama ee ni tak?
kak acu tupperware kek bawah tu akak boli kek mano?brapo henggit tu kak?.

Terima kaseh kak sbb sdui doakan kesihatan adik se tu.insyaAllah semoga segala urusan di permudahkan..:)

noorsafone said...

Halila
di memang minat dgn keje2 yg macam tu
salam kenal ya Halila.

noorsafone said...

Intan morsalin
boleh la nk tambah2 duit poket.

noorsafone said...

Mysha
oh anak mama pulak rupanya ya...

noorsafone said...

MadihaA a.k.a Ratna
Madiha pun ada bakat jugak ya...menggubah bunga..sekarang ni masak je la..dh itu pun keje kita hari2kan ...

noorsafone said...

Syimama
thanks ya...

noorsafone said...

Anymz
Acu tupperware tu kak noor beli tak silap RM47.90..belum less,kak nor beli ada less 25% sbb dealer kan,dulu2 tak ingat nk boli,bilo tgok Nor secubit garam buek guna acu tu cantik bonar jadi eh..toruih ajak anak mama g pokan cari,mujur ado stok lai...kalau tak molopeh.

Che Mid said...

Salam, Pandainya anak dara ni jadikan hobi sebagai side income..

cikceriacorner said...

salam akak..kreatifnye..yg penting minat kan..kalo kite minat..pasti kite akan berjaya..:)

dari dapur nasya said...

Salam mama...rasa macam xcaya je mama.Kreatif betul..cantik lak tu..untung mama ada anak dara rajin pandai lak carik duit..untung...untung...

AREku said...

canteknye kraf2 tu..macam berminat je nk beli..hehe ;p

Ummi said...

Assalam Noor, thanks atas ucapan dan sokongan moral untuk akak yea...moga ukhwah kita berpanjangan... ^_^

Opah Ju said...

comelnya.....kreatifnya dia....klau
anak opah....hmmmm....masak pun x pandai....klau menjahit lgilah....ucap
tahniah kat dia dan untuk ibunya sekali.....

Acik Erna said...

noor..kreatif anak noor..tahniah norr

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

KREATIFNYA DIA...bagus la... seronok tgk hasil tangan dia.

Zurina said...

wah! kreatif...

Anaasuria said...

bangga dan sungguh bersyukur kan mama hati seorang ibu, bila melihat kebolehan anak..:)

Sheery Dream Cakes said...

tahniah buat anak mama... diana tumpang bangga ngan dia... cantik n kreatif sungguh anak mama yer.. suka nya diana tgk... mmg kreatif!!

Unknown said...

kreatif nye dia..mmg cantek2 aje.. (^_^)

kakrose said...

tahniah utk anak mama.kreatifnya dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_