.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 5, 2011

KERABU TAUGEH + PUCUK PAKU & KERANG



Resepi :- Noorsafone @ storyofmama.blogspot.com.

Bahan2:-

300 gram taugeh (celur sekejap)
1 ikat pucuk paku (celur sampai lembut)
1/2 kg kerang (rebus & ambil isinya)
*1 biji cili merah (ikut pedas)
* 5 biji cili api (ikut pedas)
*1 cm belacan
*1 s/b udang kering
(tumbuk /kisar bhn bertanda *)

5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
2 biji cili merah (hiris)
5 biji cili api (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 s/b kerisek.
1 tangkai daun ketumbar (hiris)
Garam & gula serta perasa (optional)

Cara2:
Celur taugeh sekejap je..jgn sampai layu sangat.
Tumbuk/kisar bahan bertanda *
Gaul taugeh,pucuk paku & bahan yg bertumbuk .
Masukkan kerang,kerisek,cili api ,cili besar & bawang besar yg dihiris.
Masukkan jus limau tadi.
Gaul sehingga rata...akhir sekali masukkan daun ketumbar.
Sesuaikan rasanya.

S E L A M A T M E N C U B A.

17 comments:

sha a.s said...

sedapnyer...tetibe lapa! ekeke

kakcik said...

Walaupun terlewat sehari, kakcik nak buat ucapan juga : selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 24, semoga tetap berbahagia dan berkasih sayang ke akhir hayat. :)

ibundo said...

ummm yummy yummy. ratah macam tu jer tak payah makan nasi.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sayur mcm nie mmg sedap kan akak... tambah lg ada bubuh kerang.. mmg kegemaran tu.. sedap2..

cikceriacorner said...

wow..bestnye akak..nak cube la..hehhe

kaklong said...

kak,kaklong klu bab kerabu2 ni memang ghroma...nk try buek la...

Piasara said...

"wow..ini yg kalau buat time mkn t/hari mau tambah 2,3 pinggan nasik..resepi yg selalu gak saya buat,tp kami lebih suka guna perut lembu ganti kerang...sy tk berapa suka kerang..."

noorsafone said...

Sha a.s
cubalah sha...sedap.

noorsafone said...

Kakcik
terimakasih ya kakcik,semoga doa tu di makbulkan.AMIN.

noorsafone said...

Ibundo
betul2 ratah pun sedap..

noorsafone said...

Diana @ Melly Mey
yala diana,dpt pulak kerang yg besar2 sikit...manis je.

noorsafone said...

Cikceriacorner
sedap cubalah

noorsafone said...

Kaklong
yo lah hai...ghoma yo...nanti leh buek yo

noorsafone said...

Piasara
haah sedap juga letak perut lembut,rebus dulu sampai empuk kan..

Opah Ju said...

wahhh....sedap ni....boleh opah cuba.....kerang yg
lebih masak aritu ada lgi.....

Cik Ina Do do Cheng said...

Salam singgah

Tetiba jadik lapar plak pagi-pagi ni. cik ina suka kerabu tu. sedap

cik cek said...

Aduh! lapo...lapo dah perut ni...dapat meratah kerabu taugeh ni sedapnya....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_