Mama dah lama tak buat laksa.semalam pergi pasar tani jumpa pulak ikan kembung yang besar2,terus teringat kalau buat laksa sedap ni.Terus beli bahan2 dan inilah hasilnya.Berselera makan sekeluarga.Menu wajib mama juga setiap pagi hari raya.
bahan-bahannya:-
5 ekor ikan kembung
5 s/b cili kisar
10 ulas bawang merah
(mama guna bawang besar)
10 keping asam keping
2 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
2 cm belacan (ikut suka,mama tak letak pon)
bahan sayur:-
1 tangkai daun salad
1 biji sengkuang (ikut suka)
1 biji timun
6 biji telur rebus
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili merah
1 kg laksa(celur)
6 biji limau kasturi
cara membuatnya:-
rebus ikan dengan lima keping asam keping
asingkan isi dan tulang
blender isi ikan dengan air
masukkan bawang merah
blender sampai betul2 hancur
setelah itu masukkan ke dalam periuk semua bahan (ikan,bawang,cili,daun kesum,bunga kantan,garam,dan air-agak2 lah,jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair)
biar mendidih dan angkat
sesuaikan asam garamnya
jangan lupa masukkan lima keping asam keping baki tadi
9 comments:
sedapnya....fav.lea ni.ahad lepas dah buat. ahad, isnin, selasa dok makan laksa je. saja buat kuah llebih.makin dipanas makin sedap
salam, aduhai laksa penang, pecah liur dibuatnya. dh lama tak buat..penah satu ketika kena sore throat p jumpa doktor, selain dr ubat yg diberi doktor tu suruh hirup kuah laksa penang bagi membantu mencepatkan sakit tekak, air asam keping yg mujarab...
ma.laksa tuh!
sedap
kakak nak~
ehe
love u
mish u mum!
ermmm...mmg sedap...nk mkn blik la...hehehe...
Mama, kakchik suka laksa penang tp tk penah buat sendiri sbb kita 3 org je kat rmh tu. hihi ..
kak cik...mama pun 4 org je kt umah...x abis.... bleh simpan petiais....pnaskan...tp anak2 mama suke sgt laksa ni...
As Salam .. mamy dtg singgah & follow ;)
terliurnya tgk laksa tu..nnt nak amik resepi try buat boleh kan ;)
thanks mamyharraz....boleh...apa salahnya...mmg nk share ngan kwn2 pun...
sedapnya laksa, fevret saya ni. kalau mak buat asyik duk ulang mkn ja. nyum-nyum
Post a Comment