.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

KUIH LAPIS 1 MALAYSIA

Sumber resepi:- http://www.sitidelima.com
Resepi asal: Rinncan 
Thanks CT..mama ambil resepi ya...
Mama guna loyang 6 1/2 X 6 1/2 inci.

Bahan2:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan
(mama  tambah 1/4 cawan lagi...)
1/2 s/t esen ros (optional)
Pewarna hijau & merah

Cara;-
Panaskan kukusan.sapu loyang dgn sedikit minyak.
Masukkan loyang dalam kukusan.
Campur semua bahan kecuali pewarna & esen rose.
Tapis adunan dan bahagi 3
-warna asal (putih)
-warna hijau
-warna merah
Bubuh esen ros pada adunan warna merah.
Tuang adunan putih dahulu,diikuti hijau & merah
Buat selapis2...setiap lapisan kukus 5 minit.
Gunakan cawan yg sama utk setiap lapisan.
Untuk lapisan akhir...kukus 15-20 minit
TIP:- Buka penutup kukus dan biarkan kuih selama 10 minit atas kukusan tanpa menutup api
utk mendapatkan permukaan yg kering,sebelum itu lap dulu permukaan dgn kitchen towel.





TIPS: Utk mendapatkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik,sekiranya semua sukatan tepung adalah 2 cawan,maka adunan yg telah dicampur santan menjadi 4 cawan.Maksudnya jumlah cecair adalah 2 kali ganda adunan tepung.Terimakasih CT sharing tips..

Thursday, May 26, 2011

APAM SNOW WHITE

Sumber resepi:- http:rossitamz-kitchen.blogspot.com (LESTARI KEHIDUPANKU)
Thanks Azita Zain.
LEMBUT & GEBU

 Apam yg sedap dimakan dgn kelapa parut.

 

Bahan2

2 cawan nasi
1 1/2 cawan gula pasir (ikut manis)
3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis (mauripan) 11 gram

Cara:-
Kisar nasi + gula + 1 1/2 cawan air.
Masukkan tepung beras,tepung gandum & yis kedalam mangkuk.
Masukkan nasi yang di kisar td bersama dgn baki air 1 1/2 cawan lg.
Kacau sebati.
Perap adunan 2 jam
Bubuh warna pilihan
Tuang adunan kedalam acuan yg disapu minyak
Kukus lebih kurang 15-20 minit
Hidangkan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.
.SELAMAT MENCUBA

Wednesday, May 25, 2011

MENU MAMA HARI INI PART 4

 MASAK LEMAK LABU KUNING.

Bahan2
1/2 biji labu kuning
2 cawan santan (sederhana pekat)
2 ulas bawang merah (hiris)
1 batang serai ( diketuk)
Sedikit ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara2
Labu dipotong kecil2
Masukkan kedalam periuk,masukkan santan,serai & bawang merah.
Jerang atas api,biar hingga mendidih & labu empuk.
Sesuaikan garamnya
.
INI PULA ADA MENU SAMPINGAN MASAK LEMAK LABU TU....
 SAMBAL TUMIS SOTONG
(Resepi tak payah letak lah ya..semua dah pandai buat sambal sotong kan..)


IKAN KEMBUNG REBUS YG DIGORING (PERAH ASAM LIMAU)
SAMBAL GESEK IKAN BILIS.
Bahan2
Ikan bilis
Cili api & cili besar
2 ulas bawang kecil
3 biji limau kasturi

Tumbuk cili padi & cili besar
Masukkan bawang kecil
Masukkan ikan bilis,tumbuk kasar2
Perahkan asam limau
(Kalau mama masak lemak putih macam ni,mesti mama buat sambal gesek ini)


KUIH KOCI PULUT HITAM

Bahan2:-
1 peket tepung pulut
3 s/b tepung pulut hitam
Air secukupnya
Daun pisang secukupnya
Minyak (utk disapu pd daun pisang)

Untuk inti:
1 biji kelapa (yg muda sikit)-parut
1 cawan gula merah (mama guna gula melaka)
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara;

Bancuh tepung dengan air hingga jadi doh.

Utk inti:
Masak gula merah + gula pasir + daun pandan
Biar mendidih
Masukkan kelapa parut
Masak hingga kering.

Bungkus kuih dgn daun pisang dan kukus 1/2 jam atau sehingga masak.
(Sapu minyak terlebih dahulu pada daun pisang)


 SELAMAT MENCUBA.



Monday, May 23, 2011

GULAI TELUR ITIK & BACANG MUDA

Assalamualaikum..
Sebenarnya lama dah mama beli telur itik ni..simpam je kt dlm petisejuk,lepas tu minggu lepas pergi kepasar malam..jmpa pulak dgn bacang muda..dlm hati berkata..sedap kalau buat gulai dengan telur itik yg ada kt dlm petisejuk tu,maka jadilah gulai mama hari tu..


Bahan2:-

5 biji telur itik
2-3 biji bacang muda
2 cawan santan (mama guna santan yg siap yg kt pasar,mls nk perah)
10 biji cili padi (ikut pedas)
2 batang serai
2cm kunyit hidup
Garam secukup rasa.

Cara:-
Kisar cili padi & kunyit hidup
Buah bacang dihiris sederhana nipis
Masukkan santan & cili kisar dlm periuk dan masukkan serai yg diketuk
Biar kuah mendidih,perlahan kan api
Masukkan telur sebiji2
Balik2kan perlahan(jgn sampai telur pecah)
Masukkan bacang,biar mendidih
Sesuaikan rasanya


 Antara bahan2 yg diperlukan
 


Semangkuk utk hidangan tghari
SELAMAT MENCUBA

Sunday, May 22, 2011

SERIMUKA PANDAN

Kuih serimuka ni first try mama buat..
Resepi dari: YATIEMEMORIES..Thanks Yatie..Tapi mama ubahsuai sikit...minta maaf ya Yatie..
(Guna loyang 7"x 7"x 2")
Bahan2

Bhg lapisan Bawah:-
2 cawan  beras pulut (rendam 2-3 jam)
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam
(santan ikut paras pulut & lebihkan sikit je (mama tambah 1/4 cwn lg)
CARA:
Masukkan pulut kedalam loyang & kukus 25 minit
Sejukkan & mampatkan dlm loyang yg dilapik plastik

Bhg lapisan Atas:-
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan
3/4 cawan tepung gandum (mama guna 1 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung beras (mama tambah)
1 biji telur (mama tak letak)
1 s/t garam
pewarna hijau (optional)
CARA:-
Campurkan semua bahan (mama guna blender)
Kacau sekejap atas api hingga naik wap
Tuang atas lapisan pulut
Kukus lagi 30 minit

 Baru keluar dari kukusan

 Setelah dipotong
 Potongan kecil-kecil

NOTA; buka penutup kukus (jgn tutup api) biarkan 5-10 minit utk mengeringkan lapisan permukaan kuih,jika
terdapat air diatas permukaan,lap dgn kitchen tissue.lebih elok jika balut penutup kukus dgn kain utk mengelakkan wap terjatuh atas permukaan kuih.
SELAMAT MENCUBA.
TERIMA KASIH SEKALI LG YATIE..SEDAP & LEMAK KUIH INI.

Saturday, May 21, 2011

LUMINARC CASSEROLE & BONUSLINK

Assalamualaikum.....Mama nak rehat masak sekejap lah ya..
SHOP...COLLECT...REDEEM
SAVE UP TO 70%
Pembelian atas pembelian..itulah maksud sebenarnya...bukan dapat free tau....
Apabila kita berbelanja dipasaraya PARKSON..dgn setiap pembelian rm30 .kita akan diberi 1 setem.

IKLAN PARKSON
Belibelah dimana-mana stor Parkson dan dapatkan 1 setem penebusan dengan setiap pembelian RM30*
didalam satu resit.

Keistimewaan Ahli Bonuslink dan Kad American Ekspress
(Hanya kumpulkan 10 setem penebusan untuk menebus sehingga 4 kombinasi
perkakas memasak Luminarc Vitroline dan Granity dengan harga istimewa apabila
anda mempamerkan Kad BONUSLINK atau Kad American Ekspress dikaunter tebusan)

TERMA DAN SYARAT
1.Resit barangan yg ditebus tidak boleh dugunakan utk mendapatkan setem baru.
2.Setem dikeluarkan dari 1/94/11 - 31/08/11
3.Hari terakhir penebusan ialah pd 14 Sept 2011
4.Tawaran sah sehingga stok masih ada.

 2 kaserol yg cantik....dgn penutup sekali
 
 Jadilah pemegang Kad bonuslink (macam mama)

 Boleh letak rendang & kuah kacang bila tiba Hari Raya..


2 setem dh dilekatkan + 5 setem ditepi tu...tinggal 3 setem lagi...
bila nk shopping ni... ?

Jadi jgn tunggu lagi...jadilah ahli bonuslink sekarang.(.banyak kelebihannya )
Mama dah tebus 2 Kaserol Berpenutup Kaca 1 L...dgn harga rm39.00 setiap satu.
Jika tanpa setem berharga rm 149.00 setiap satu.
(Mama berbelanja di Parkson sebab...nak habiskan boucer yg mama dapat tempohari..hehe..)

Thursday, May 19, 2011

KUIH SOM-SOM (BUBUR SOM-SOM PANDAN)

Bahan2

11/2 cawan tepung beras
31/2 cawan santan + 1/2 cawan air pandan (mama tambah air pandan lg 1/4 cawan)
1 s/b tepung jagung
1 s/t garam
1 s/t pewarna hijau
NOTA:-(Mama tambah air pandan lg 1/4 cawan sebab,kuih ni mama masukkan dlm petisejuk,
bila dh sejuk..sedang elok je lembutnya)

Cara2
Satukan semua bahan & tapiskan kedalam periuk
Kacau adunan atas api yg kecil
Biar sampai masak & berkilat.
Tuang kedalam loyang
Sejukkan (mama masuk kedlm petisejuk)
Hidangkan dgn air gula merah

Bahan air gula merah:-
2 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Masak semua bahan hingga pekat.Angkat & masukkan kedalam loyang atau acuan kecil.
Sejukkan..

 Proses mengacau adunan diatas api yg kecil
 Taraa...dh siap masuk acuan,kali  ini mama buat tak masuk loyang.
Masuk acuan senang..nk makan terus je amik..tak payah nk potong.

Sedia dimakan untuk minum petang...
SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, May 18, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Ramai kawan2 masak dh buat kek ni,mama je yg ketinggalan ,teringin juga nk buat...Resepi ini mama kongsi dari Pn Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB),terdapat juga dirumah Tun.(http://rabiatunsweettouch.blogspot.com.)Thanks kawan2...mama share ye..

Bahan2:-
5 biji telur
250 gram butter/11/2 cawan planta
2 1/2 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder (mama letak 2 s/t b.powder)
2 cawan gula halus (mama letak 1 1/2 cwn je)
1/2 cawan susu cair 
1 s/t vanila (boleh guna perisa lain)
Serbuk koko secukupnya
Pewarna ( ikut suka)
Tapis teh yg halus-utk ayak serbuk koko

Cara:-
Pukul butter dan gula halus hingga kembang (mama pukul lebih kurang 10 minit)
Masukkan telur satu persatu,pukul lagi hingga kembang.
Masukkan vanila,susu cair,gaul sebati & masukkan tepung sedikit-sedikit
Bahagi adunan kpd 3 bahagian (kuning,hijau dan oren)
Gris loyang & tabur sedikit tepung
Masukkan adunan color hijau
Ayak serbuk koko menutupi lapisan hijau,ratakan perlahan(jgn sampai serbuk koko dilapisan pertama terangkat)
Ayak pula serbuk koko dilapisan kedua(oren)
Begitulah seterusnya....hingga adunan habis
Bakar 45 minit..170 C(ikut oven masing2)

NOTA:
Utk membuat lapisan keler2 tu  biar tebal sbb bila kita melapis& meratakan adunan tersebut,serbuk koko tak akan terangkat sama.Tapi bila adunan yg nk kita lapiskan itu agak nipis sedikit,bila nk meratakan adunan,serbuk koko akan tertarik sama,nanti corak tak akan jd cantik.
 YANG MAMA BUAT:-
KUNING-vanila flavour
OREN- strawberry
HIJAU-pandan paste

 Mama buat 3 color (kuning,oren & hijau)
 Ayak serbuk koko hingga menutupi lapisan.

 Baru keluar dari oven..bakar 45 minit.
 Mama puashati dgn ALUNAN KASIHnya..cantik(puji sendiri)

Setelah dipotong

Untuk minum petang sekeluarga.
SEDAP.LEMBUT & GEBU

Tuesday, May 17, 2011

KUIH CARA MANIS

Lama dh tak buat kuih ni,teringin nk makan..buat ptg semalam.

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan + 1 cawan air pandan
1 biji telur
1 s/t pewarna hijau
Gula pasir secukupnya

Cara2
Blender semua bahan...senang je..
Panaskan acuan,sapu minyak sedikit..tuang adunan,masukkan sesudu gula pasir.
Tutup acuan dgn tutup periuk atau apa2 tutup pun boleh.
Tunggu sehingga masak & angkat.

 (Mama ada acuan kecil je,nanti nk beli yg besar pulak)

Nk iklan jap,bekas2 tepung dan bahan2 lain utk membuat kuih

Monday, May 16, 2011

MASAK LEMAK CEKUR (IKAN)

 (Mama guna ikan kembung)

Resepi ni selalu mama makan masa balik kg cik abang.MIL mama selalu masak resepi ni...tapi guna ikan keli...kegemaran anak2 & cik abang,mama tak mkn ikan keli,jadi mama ganti dengan ikan kembong...sedap juga..Mama jumpa resepi ni kt blog kawan kita 4fn1mf-family...terima kasih ibu (Noor zakiah Abdulah)
Sori ibu..mama dah ubahsuai sikit ya...

Bahan2 :-

5 ekor ikan/1/2 ekor ayam (panggang)..mama goring je
2 cawan santan
2 keping asam keping
Daun cekur (hiris halus)

Bahan kisar:-

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (hijau-ikut pedas)
sedikit ubi cekur
sedikit belacan
garam & gula

(Inilah rupa cekur,isinya berwarna putih,kecil2)
Ihsan google,mama belum tanam lagi

CARA2:-
-Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak hingga wangi
-Masukkan santan pekat & kacau sebati
-Masukkan asam keping
-Masukkan ayam/ikan serta daun cekur
-Biarkan mendidih
-Sesuaikan rasanya

Siap utk hidangan tengahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_