.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 26, 2011

KARIPAP INTI AYAM


Asalamualaikum semua.
Lama dah tak buat karipap ni...buat banyak sikit...simpan utk frozen..bila ada tetamu dtg senang...tinggal nak goreng je sekejap...lepas tu bancuh kopi...hidangkan,,,senang kan....
Mama buat karipap ni gara2 tgok blog Kakjee yg buat karipap daging utk minum petang..

Mama dpt 2 bekas utk frozen...


Inti kentang + ayam yg mama masak..
Karipap yg disusun dlm dulang sebelum digoreng..

Siap utk minum petang...jom makan karipap berinti ayam..


Bahan utk inti:-
500 gram ubi kentang (potong dadu)
1 peket ayam kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
3 s/b rempah c urry
3 s/b cili kisar (ikut pedas)
Garam & gula

Cara2:-

Tumis bawang putih & bawang merah
Masukkan cili kisar & rempah c urry.
Masukkan ayam kisar.
Masukkan ubi kentang,masukkan sedikit air.
Biar ubi kentang empuk.
Sesuaikan rasanya.
Masak hingga kering

Bahan kulit karipap :-
500 gram tepung gandum
3 s/b marjerin
!/2 cawan minyak masak (panaskan)
Cara2:-
Gaul tepung dgn marjerin hingga sebati
Masukkan minyak panas.
Masukkan air sedikit2 dan uli jadi doh
Canai...bubuh inti & goreng kekuningan ..




S E L A M A T M E N C U B A.

Sunday, July 24, 2011

TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING

Sepinggan utk sambal yg letak je diatas terung tu.


Assalamualaikum
Resepi : Kakjee @ Dunia dari Dapur Kak Jee
Thanks Kakjeee.
Bahan:-
6 biji terung cina (kalau panjang,potong dua )mama belah empat
Cili merah & cili api (ikut pedas) mama letak cili kering-kisar
1 biji bawang besar
3ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara:-
Terung dibelah dua (kalau besar mama belah empat)
Kemudian digoreng atau bakar setengah masak (mama goreng)
Goreng menggunakan sedikit minyak sahaja.
Goreng udang hingga garing.
Tumbuk cili merah,cili api.bawang besar & bawang putih.
Tumis dalam minyak yg sama goreng udang tadi
Bila dah wangi ,masukkan terung
Tabur udang kering yang digoreng tadi & gaul rata.
Sesuaikan rasanya.

*mama tumbuk sekali udang yg telah digoreng dgn bawang2 & cili,ubahsuai sikit resepi kakjee ni

Terung cina...color ungu.
Pic Google..

Sambal yang digaul sekali dgn terung.


S E L A M A T M E N C U B A!


Friday, July 22, 2011

YEAH......YEAH DAPAT AWARD..


ASSALAMUALAIKUM

Terimakasih atas ingatan Diana @MelleyMey yang sudi memberikan award
STYLISH BLOGGER AWARD ni kepada mama.kecil tapak tangan kuali & periuk mama tadahkan....haha...sebab kita suka masak kan....Mama memang suka singgah didapur Diana ni,setiap hari mesti nk lawat dapur Diana...seorang ibu yg rajin memasak.......Masakan yg sedap2 & Gambar yg cantik2.Semoga persahabatan antara sesama kita akan terus terjalin,walaupun kita cuma ditemukan dialam maya.Terus eratkan silatulrahim sesama kita.mama nak kongsikan juga award ini dgn kawan-kawan lain yg sudi menerimanya .....sudi-sudikanlah ya..

Terimakasih Diana atas ingatan...jgn lupa makan cookies dalam tin tu ok..
Mama buat speacial for You......Famous Amos Chocolate Chip Cookies...

Wednesday, July 20, 2011

CUCUR NASI JEJARI KETAM + UDANG




Assalamualaikum.

Sumber :Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)
Terimakasih Yatie.

Bahan2:-

2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b udang kering,rendam & toskan (tak letak)
1 cawan udang segar (saya tambah)
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crab stick (jejari ketam)atau lebih(potong kecil )
1 biji lada besar ~ hiris (jika suka)
Daun sup & daun bawang ~hiris
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng.

Cara2:-
Blender nasi + air + udang kering + bawang putih & bawang besar hingga halus.
Masukkan tepung gandum kedlm bekas & tuangkan bahan kisar tadi,gaul sebati
Campurkan semua bhn hirisan,garam & gaul sebati
Masukkan potongan jejari ketam & udang segar.
Gaul sebati & goreng kekuningan.

*Boleh juga digantikan dgn udang geragau ataupun ikan bilis,terpulang pada citarasa masing-masing.
*Yatie menggunakan tangan yg dibasahkan dgn air untuk men=jemput cucur ini utk mendapat bentuk yg bulat2.
*Pesan Yatie lagi..boleh juga menggunakan sudu yg dicelupkan kedlm minyak panas dan jemputlah adunan cucur tadi kedalam minyak gorengan.

Campurkan sekali jejari ketam & udang...



Jemput makan...

S E L A M A T M E N C U B A.

Tuesday, July 19, 2011

PUTERI MAMA DI METRO AHAD


Assalamualaikum.
Puteri mama yg sulung keluar s/khabar Metro Ahad lepas,cerita pasak kraftangan yg menjadi minat beliau semenjak habis SPM lagi.Jom kita baca artikal dibawah kepada yg tak sempat beli Metro Ahad lepas.

Petikan Metro Ahad 17 Julai 2011.
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz.

Jika kreatif,apa saja bahan 'disentuh' pasti berubah menjadi sesuatu yg menarik dan tidak pernah terfikir mampu dilakukan.Pertama kali melihat rantai kunci dan aksesori telefon bimbit,sama sekali tidak menyangka ia diperbuat daripada kain belacu yang sering digunakan utk membuat bengkung dan aktiviti perubatan.
Bagi NOOR EIZIE EIZYANIE MOHAMAD SAFUAN dia cuba mencari sesuatu yg berbeza dengan menggunakan kain itu untuk ditukarkan menjadi aksesori yang cantik dan comel.Katanya dia menjual aksesori itu menerusi menerusi blognya sejak Mei bersama rakannya,Mohd Yusof Abdul Aziz dan sehingga kini mendapat sambutan menggalakkan
Katanya daripada segi corak corak,rekaan dan hiasan aksesori berkenaan dihasilkan olehnya dan menjadi tempat dia mencurahkan kreativitinya
Kain belacu menyerupai seakan-akan kanvas dan dia hanya menggunakan pen marker untuk melukis dan menulis diatasnya.Untuk menjadikanya lebih menarik,dia menggunakan material lain untuk digabungkan dengan aksesori berkenaan.
Selain rantai kunci dan aksesori telefon bimbit,dia menggunakan kain itu untuk membuat beg menyimpan duit syiling dan bekas pencil.
harga ditawarkan sekitar RM4 hingga RM5.50 bergantung kepada saiz,corak dan bentuk.Pelanggan diberi kebebasan untuk menentukan corak masing-masing.
kepada yang berminat sila klik EIZIE untuk mengetahui lebih lanjut atau lama sosial facebook.
www.facebook.com/ezlovey.


Key chain..pandangan hadapan


Pandangan belakang.

Bekas pensil yg sudah pun disiapkan...
Key chain yg belum diletak rantai lagi.
Dompet syiling yg dibuat khas utk mama.
Pandangan hadapan & belakang.


Monday, July 18, 2011

ACUAN TUPPERWARE & PUDING MANGGA LAGI.

ASSALAMUALAIKUM.

Semalam buat puding mangga kristal lagi....buah ta
ngan,bawa pergi rumah kakak mama...semua puji cantik dan sedap.Bukan apa..?? nak mencuba acuan tupperware yg mama baru beli,rasmikan acuan tu lah,sebelum ni guna acuan yg biasa je..bukan acuan tupperware.Untuk resepi sila ke SINI
Resepi dari Nor@Secubit Garam.

Sunday, July 17, 2011

APAM GULA MERAH(VERSI PINK)



Assalamualaikum.
Apam ini sebenarnya apam gula merah resepi Yatie,tp diubahsuai sikit tentang gula tu,mama tak bubuh gula merah,gantikan dgn gula putih sahaja,itu je,lepas tu bubuh color.Bahan2 yg lain semuanya sama.Mama buat 1/2 adunan je (loyang 6x6)
Resepi asal : Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)
Terimakasih Yatie.

Bahan2:-
Bahan A
1 cawan gula merah (mama ganti gula pasir,jadi 1 1/2 cawan gula pasir )
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan
(Masak bahan diatas & sejukkan)

Bahan B
! s/b yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 s/t gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Cara2:-
Masak bhn A hingga gula larut.
Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau hingga berbuih.
Campurkan semua bhn C kedalam mangkuk besar & masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi
Gaul sebati,masukkan bhn B.
Setelah sebati,tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 X ganda.
Lengserkan loyang dgn sedikit minyak dan tuangkan adunan kedlm loyang dan biarkan lg 10 minit
Kukus dgn api sederhana kuat selama 40 minit
Sedap dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam.

TIPS dari Yatie: Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dgn pisau tajam dgn cara spt gergaji
kedepan kebelakang supaya kuih tak kelihatan mampat.

Sebelum dikukus.
Selepas dikukus
Jemput makan........

S E L A M A T M E N C U B A.

Friday, July 15, 2011

KAMBAS (PERIA BESAR) TUMIS TAUCHU BERUDANG



Assalamualaikum.
Pernak tak dengar sayur ni...yg besar mama panggil kambas..yg kecil tu peria katak..apa2 lah.Yg pasti kedua-dua sayur ni ada sikit2 pahit.Ada petua nk menghilangkan rasa pahit tu...selepas dihiris,rendam dgn air yg di bubuh garam,lepas tu rendam dgn air biasa...Jom kita layan resepinya:-

Bahan
1 biji kambas (belah 2, dihiris )
2 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili merah *
4 ulas cili api (ikut pedas) *
1s/b ikan bilis *
1 cm belacan *
1/2 cawan udang segar (mama letak yg saiz kecil)
2 s/b tauchu
Garam (hati2 ..tauchu dh masin)
Garam & perisa (optional)

Cara2:-
Kambas dibelah 2 & dihiris
Kemudian rendam dlm air garam,tapis & rendam dgn air biasa
Tapis & toskan
Tumbuk/kisar bahan bertanda *
Tumis bhn tumbuk/kisar hingga wangi.
Masukkan udang dan kambas.Gaul sebati
Masak hingga kambas empuk
Sesuaikan rasanya.


S E L A M A T M E N C U B A!

Thursday, July 14, 2011

DAGING GORENG ALA KAPRAU



Assalamualaikum.
Daging goreng masak Kaprau..entah la mama pun tak tau apa makna kaprau tu...hanya Kakjee yg tahu..Kaprau adalah masakai thailand maknanya Daging yg digoreng menggunakan paste tomyam.Kisahnya...Kakjee order nasi Kaprau masa dia pegi makan di Ali Tom Yam Thai Restaurant diJln Datuk Keramat,lepas tu Kakjee pun cuba pulak masak dirumah...nampak kt umah kakjee resepi ni...Kakjee kata sedap....ermm...... memang sedap,tapi takde daun selasih,guna daun limau purut je...ok jugak.Sedap juga kalau dimakan dgn pulut atau lemang.Jom kita tengok resepinya.
Sumber 1:-Kakjee@Dunia Dari Dapur Kakjee Thanks Kakjee.
Sumber 2:- Nor67@Secubit Garam.Thanks Nor.

Bahan2:-

250 gram daging batang pinang (dihiris nipis) boleh juga guna ayam.
2 s/b paste tomyam (Kakjee guna Adabi)
Cili padi-diketuk2 (ikut kepedasan,resepi asal mesti pedas) mama tumbuk kasar.
2 labu bawang besar(belah lapan & ceraikan)
1 s/b kicap manis
1 s/b sos cili (Kakjee guna sos cili Thai)
Daun selasih/daun limau purut.


Cara2:-

Perap daging yg telah dihiris dgn 2 s/b tom yam paste selam 1/2 jam
Tumis 1 labu bawang besar yg telah dikerat 8.
Masukkan cili padi yg telah diketuk/ditumbuk kasar
Bila garing,masukkan daging yg telah diperap tadi dan goreng hingga daging kecut
Masukkan kicap manis dan sos cili
masukkan daun selasih/daun limau
Masukkan baki 1 labu bawang besar
Biar bawang layu & angkat.


S E L A M A T M E N C U B A!

Wednesday, July 13, 2011

KUIH KETAYAP/KUIH GULUNG



Sumber: Storyofmama.blogspot.com.
Bahan2:-

Untuk Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah/gula melaka
2 s/b gula pasir
11/2 cawan air
1 helai daun pandan

-Masak gula merah,gula pasir & air serta daun pandan
-Biar mendidih,masukkan kelapa parut.
-Masak hingga kering.






Untuk kulit (Batter)

1 cawan tepung tepung gandum
1 cawan susu cair
1 biji telur
1/2 cawan air pandan
1 s/t marjerin
1 s/t garam
1 s/t pewarna hijau (ikut suka)

Cara2:-
-Blender semua bahan utk kulit
-Sapu sedikit minyak pada kuali leper/kuali non stick
-Bubuh sesenduk adunan & leperkan
Bubuh inti &gulungkan
Sedia utk dimakan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_