.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

KERABU SOTONG


Bahan2:-

1/2 kg sotong
1 biji bawang besar
2 biji buah tomato
10 biji cili padi (ikut pedas)
4 biji limau kasturi (ambil air)
2 s/b sos ikan
3 s/b sos cili thai
2 tangkai daun ketumbar

Cara2:-

-Sotong dibersihkan dan dipotong kecil
-Kemudian direbus/celur hingga masak
-Bawang besar & tomato dipotong dadu
-Cili padi dihiris halus
-Gaul semua bhn,masukkan sos ikan & sos cili thai
-Perahkan asam limau
-Masukkan garam & gula.
-Sesuaikan rasanya...bolehlah dihidangkan...



Wednesday, April 27, 2011

TALAM YANG MEMBAWA TUAH

ASSALAMUALAIKUM

Ptg td (27/4/2011) Kelas Memasak KEMAS kt tempat mama mengadakan pertandingan kueh talam & hiasan pd tudung saji plastik.Tak kira apa jenis talam pun...mama ni mana lah pandai buat talam,dalam hati tak payah masuk lah,masuk utk hiasan tudung saji tu je.Bila tanya pada kawan2 & minta resepi ada yg kata "Ala saya buat kueh pakai agak-agak je"....macamana la mama yg tak pernah menalam ni nak agak2.Betullah kata orang,manusia ada macam2 jenis dan perangai.....Kena ingat bukan semua kawan yg kita anggap baik,bersikap jujur dgn kita.
Mama pun sejukkan hati," takpa lah nanti aku cari resepi,usaha tangga kejayaan".Jalan2 lah kt bolg rakan2 alam maya....singgah lah kt blog ratu talam,siapa lagi kalau bukan Yatie http://yatiememories.blogspot.com/2011/02/talam-kastard-jagung.html.Cari punya cari berkenan pulak kt TALAM KASTARD JAGUNG.Bahan2 pun semua ada dlm simpanan,menalamlah malam tu.
Alhamdulillah,menjadi pun,nanti nk cuba talam2 yg lain tu.TERIMA KASIH banyak2 kepada YATIE (SINAR KEHIDUPAN).Kuih yg mama buat mendapat tempat (1) pertama.inilah hasilnya......




SANTAN KOTAK TU HIASAN SEMATA2..MAMA GUNA FRESH COCONUT
SANGAT LEMAK.SEBAB TU MENANG AGAKNYA,TP KUIH YATIE NI MEMANG SEDAP...
TERIMA KASIH SEKALI LAGI YATIE...KAD INI KHAS UTK YATIE...



TALAM KASTARD JAGUNG

Bahan:-
Lapisan bawah
11/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim
31/2 cawan santan
1s/t pewarna kuning
1 s/t garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung 1 s/b tepung sagu ubi
2 biji telur
2 s/b gula pasir
1 s/t garam
pewarna hijau/pandan

Cara:- (Mama ringkaskan disini)
Lapisan Bawah
Campur semua bahan,kecuali jagung
Blender...baru masukkan jagung
Kacau sekejap atas api (sampai naik wap)
Tuang dlm loyang & kukus 20 minit
*Sapu loyang dgn minyak dan lapik plastik
Lapisan Atas
Blender bahan2
Masak sekejap atas api (cakar dulu permukaan kuih lapisan bawah dgn garfu)
Tuang dan kukus lagi 20 minit/sehingga masak
(Mama balut tutup kukus dgn kain,jadi wap tidak menitik keatas kuih)

 Hadiah tempat pertama
Mangkuk tingkat (tiffin) 4 layer.

PETANDINGAN MENGHIAS TUDUNG SAJI MENGGUNAKAN RIBEN KILAT
ALHAMDULILLLAH DAPAT TEMPAT KEDUA.
SEBELUM

 SELEPAS.
ANTARA TUDUNG SAJI YG BERTANDING
HADIAHNYA
MANGKUK TINGKAT (TIFFIN) 3 LAYER.

BUNGA DARI ANTAN BERTINGKAH



Assalamualaikum...
SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA ....Blog ANTAN BERTINGKAH.
Tahniah dari Kak Noor dan terima kasih banyak2 bg bunga ini.semoga terus menulis dan berkarya lagi...berkongsi cerita memasak,pengalaman hidup,tak jemu berkunjung keblog ini...ada je resepi baru yg nak dikongsikan.Semoga persahabatan antara kita akan terus berterusan & berkekalan hendaknya..AMIN.


Terimalah bunga dari Kak Noor..sudi-sudilah menerimanya.

Monday, April 25, 2011

CUP CAKE INTI BLUEBERRY

Bahan2 yg diperlukan
 
Cup cake yg paling simple,bahan mudah & nak buat pun mudah...
Bahan:-

250 gram butter
250 gram gula castor
5 biji telur
3/4 gelas susu cair
2 s/teh vanilla
250 gram tepung naik sendiri
Inti ( Jem (blueberry,strawberry,nenas...ikut suka)
Badam cincang
Papercup secukupnya.

Cara:-

-Pukul butter & telur hingga kembang
-Masukkan telur satu persatu
-Masukkan susu cair & vanilla
-Masukkan tepung sedikit-sedikit
-Masukkan dalam papercup (bubuh 1/2 adunan dahulu kemudian masukkan inti)
-masukkan lagi sehingga 3/4 adunan-
-Tabur badam cincang.
-Bakar hingga kekuningan.





Fresh from oven

Sedia untuk dimakan.

Sunday, April 24, 2011

KAD DARI FIE (BILA PERIUKKU BERBUNYI)

Assalamualaikum
Kad ini mama terima dari Fie "BILA PERIUKKU BERBUNYI" kerana menghargai semua followersnya....
"terasa diriku sungguh berharga" sebab ada juga yg menghargaikan..apa2pun terima kasih banyak2 Fie.
Mama suka singgah blog Fie kerana kt sini banyak resepi utk dikongsi bersama...Semoga persahabatan dialam
maya akan berkekalan hendaknya.AMIN.

Thursday, April 21, 2011

MENU MAMA HARI INI

IKAN TENGGIRI SAMBAL BERKICAP

1/2 ekor ikan tenggiri (potong nipis sikit)
3 s/b cili kisar
4  ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar) 
2 s/b kicap manis
1 s/b sos tiram
2 biji bawang besar (hiris bulat)

Cara:-

-Goring ikan hingga garing
-Tumis bhn kisar
-Masukkan cili kisar.biar garing sebentar
-Masukkan kicap manis & sos tiram
-Masukkan bawang besar.
-Sesuaikan rasanya.angkat.hidangkan.
          
     ikan tenggiri yg belum digoreng
 ikan tenggiri sambal berkicap
 asam pedas tempoyak....
 Goreng sayur sawi + sotong.
 ikan kering yg nipis2...rangup
Ulam jering (jowo ngomong jengkol)

Tuesday, April 19, 2011

CEKODOK/CUCUR SARDIN

Nk buat apa utk mlm ni ya....kalau buat cekodok sedap gak,sbb mama mmg tak mkn nasi waktu malam,tghari pun sama tak amik nasi,ptg br mkn nasi..mlm td rasa lapar la pulak,jd bancuhlah cekodok ni,cicah dgn sos thai
ermm,pas tu buat air nescafe panas,cuaca hujan pulak tu......Nk share resepi ?  jom....
Thanks kpd tuanpunya resepi:-
.Terimakasih Cik Pnut...memang sedap...

Bahan;-
1 tin sardin (kalau ahli ramai besar,klu tak kecil pun cukup)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung  naik sendiri
1 biji bawang besar
2 biji ubi kentang
1 s/t garam

Bhn2 sayur (tak letak pun takpe)
-carrot (dadu/sagat mcm buat popia)
-Daun bawang/kucai (saya tambah)
-Cili merah (dadu kecil)

Cara:-

-Bawang dipotong dadu
-Ubi kentang (dadu mcm buat inti karipap & rebus)
-Ikan sardin pecahkan kasar-kasar,masukkan sos sardin sekali
_Bancuh semua bhn dgn sedikit air(mcm cekodok biasa)
 (masuk sardin sekali,bila pecah kasar,bila mkn terasa sardinnya)
-Goreng hingga kekuningan.
Nota:- Kalau takde tepung naik sendiri,guna tepung gandum  pun bole,campur dgn 1s/t b.powder
Tapi guna tepung naik sendiri lebih lembut dan sodapp(mama guna tepung naik sendiri)

S E L A M A T   M E N C U B A.


 Bhn2 yg diperlukan.
 Ubi kentang yg sudah direbus
 Bancuhan yg sedia utk digoreng
 Sedia utk dimakan
 Sedap dicicah dgn sos pilihan anda.






Sunday, April 17, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI




Bahan:-

400 gram udang segar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 s/b cili kisar (ikut pedas)
1 ikat petai
1/2 cawan air asam jawa
1-2 biji bawang besar (hiris)
1 cm belacan *

Cara:-

-Kisar/tumbuk bhn bertanda *
-Tumis bahan kisar sehingga garing
-Masukkan cili kisar
-Masukkan udang,garam & gula
-Masukkan petai
-Masukkan air asam jawa
-Masukkan bawang besar (hiris)
-Biar kuah pekat sedikit
-Sesuaikan rasanya.
-Sedia utk dihidangkan.


GULAI IKAN & TEMPE


Tak payah tulis resepi lah ya...dh ada kat N3 yg lepas2...



Friday, April 15, 2011

A LITTLE SOMETHING FROM KAK JEE

Award lagi...suka sangat2.Kali ini dari Kak Jee @ Dapur Kak Jee,yg menghargai  follower dan pengunjung keblog beliau.Mama bangga dpt penghargaan dari insan sehebat kak Jee yg terkenal suatu ketika dulu.Sudi singgah ke blog storyofmama yg br setahun jagung ini.Cantik kad ni..tahniah buat designer kad tersebut.
Semoga persahabatan kita terus berkekalan.Kak jee dan semua kawan2 mama adalah sumber inspirasi 
buat mama.TERIMA KASIH.Love U Kak JEE.

Thursday, April 14, 2011

APAM COMEL [APAM DOT-DOT]

Bila singgah kerumah rakan-rakan blogger..rata2 ramai yg dh buat apam ni....mama pun rasa teruja juga nk
membuatnya..Akhirnya.....inilah hasilnya..

BAHAN:-

3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (mama kurangkan 160 gm je)
150 gm susu segar(mama guna susu cair)
1 s/t ovalet
1 s/t vanilla
Filling blueberry,serikaya,strawberry secukupnya.
Pewarna yg disukai.

CARA:-




-Masukkan semua bhn apam kedlm mixer dan putar dgn medium speed selama 6-8 minit.
-Bahagikan kpd 2 bahagian atau lebih.
-Masukkan kedlm piping bag atau plastik yg bersih
-Picitka 1/2 adunan kedlm papercup yg disusun didlm acuan kuih lompang.
-Picitkan inti blueberry
-Masukkan 1/2 adunan lg sehingga agak2 penuh papercup tu.
-Dot-dotkan diatasnya dgn warna pilihan.
-Kukus 10-15 minit
*  Balut penutup kukus dgn kain utk mengelakkan air wap dari menitis pd kuih dan jgn buka api besar,
    guna api sederhana shj...nanti apam akan merekah..tak cantik.






TERIMA KASIH KPD: (HANA'S FAMILY)kerana berkongsi resepi..Thanks Hana.

Wednesday, April 13, 2011

AWARD DARI HOT MAMA WANNABE!!

Musim gantung award la pulak...sori ya kawan2..t masuk n3 resepi balik ya...dh ada yg nk bg..ambil je la..
Award dari Alycia (Hot Mama Wannabee!!)Terima kasih banyak2 Alycia.Semoga diberi kekuatan dan semangat utk terus berblogging..Semoga persahabatan dialam maya akan berterusan dan berkekalan.AMIN.
Sama2 kita support antara satu sama lain ok..Salam Sayang dari mama Noor.

Tuesday, April 12, 2011

POSKAD DARI NIEZA [FINLAND]

Tahniah Nieza...sempena ulangtahun pertama "Our Journey Begins"
Jutaan terima kasih atas pemberian poskad ini.Semoga diberi lagi kekuatan dan semangat utk terus menulis
dan berkongsi ilmu dan pengalaman hidup dirantauan.Harapan Mama Noor juga semoga "Our Journey Begins"
terus melangkah kehadapan.Seronok berkenalan dgn Nieza dialam maya ini.Harapan agar persahabatan kita
akan terus berterusan dan berkekalan .SAYANG NIEZA...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_