.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

PUDING MANGGA KRISTAL







ASSALAMUALAIKUM.
Teruja dgn kecantikan puding yg dibuat oleh Nor @ Secubit garam.Bahan2 pun semua ada,mangga ada lebih 3 biji kt dalam petiais,agar2 serbuk memang ada stok..apa lagi....Tapi tak guna acuan tupperware,belum beli lg...coming soon nk cari...guna acuan biasa je.Tapi minta maaf Nor,Kak Noor ubahsuai air tu sikit..Jom layan puding mangga yg sedap ni...
Tapi lain kali nk buat lg,sebab tengok Nor punya bhg puding tu tebal...cantik je.
Belajar dari kesilapan...
Terimakasih banyak2 buat penyumbang resepi:- Nor67@Secubit Garam.

Bahan2:-
Lapisan berkaca (atas)

5 gram serbuk agar2
600 ml air (K.Noor/mama guna 550ml je)
5 s/b gula pasir
buah mangga (potong kiub)

Lapisan bawah (puding)

5 gram serbuk agar2
500 ml air (K.Noor/mama letak 450 ml je)
1/2 cawan susu cair
5 s/b gula pasir (ikut manis mangga)
120 ml puree mangga (K Noor blender buah mangga tu)

Cara2
LAPISAN BERKACA (ATAS)

Masak air bersama serbuk agar2 dan masukkan gula
Masak lagi hingga mendidih.Padamkan api.Ketepikan.

LAPISAN PUDING (BAWAH)

Masak air bersama agar2 hingga larut dan masukkan gula
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair
Bila adunan puding hampir mendidih,padamkan api dan masukkan puree mangga

UNTUK MEMBUAT PUDING MANGGA KRISTAL:

Basahkan mould g akan digunakan dgn sedikit air.
Tuangkan adunan atas (berkaca) kedalamnya dan tabur potongan mangga.
Biarkan bahagian atas mengeras.
Cucuk sedikit dgn garfu
Tuang kan adunan puding dgn perlahan hingga habis.
Biarkan sejuk seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm petiais.




S E L A M A T M E N C U B A.

Wednesday, June 29, 2011

PUDING CENDOL

Dah lama nak buat puding ni...cendol tak beli lagi...bila sampai kedai lupa je nak beli..Resepi jumpa kt
umahYatiememories (Sinar kehidupanku)Thanks Yatie.Jumpa juga kt Myr tuntung 15@Myresepi.Thanks semua..share resepi yg sedap ni..

Bahan2:-
Utk lapisan bawah:
(Loyang 10x10x1 inci)

500 ml air
180 gula pasir (boleh kurangkan jika tak suka manis)
300 ml santan pekat
10 gram agar2 power
500 gram cendol
1 s/t garam.

Cara2:-
Masak air,agar2 powder & gula hingga mendidih.
Masukkan santan & garam.Biar mendidih lagi.
Masukkan cendol.Kacau sebati.Angkat.
Tuangkan kedalam acuan.biar keras sekejap.

TIPS: SUPAYA MUDAH KELUARKAN DARI ACUAN,BASAHKAN ACUAN DGN SEDIKIT AIR.

BAHAN2:-
Utk Lapisan Atas:

500 ml air
200 gram gula merah
300 ml santan pekat
10 gram agar2 powder
1 biji kuning telur
1 s/t garam
Cara2:-
Masak gula merah dgn sedikit air ( drp 500 ml dalam resepi tadi) hingga gula hancur.Tapiskan.
Masukkan air gula & baki air dan agar2 powder,Masak hingga mendidih.
Sebatikan kuning telur dan santan.
Tuang santan dalam adunan.Bubuh garam.
Biar mendidih sekejap..Tutup api.

Tips 1 : Sebelum tuang adunan atas,pastikan adunan bawah sudah keras & cucuk dgn garfu diserata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan2.Sebaik-baiknya tahan adunan dgn sudu supaya adunan jatuh dgn perlahan.

S E L A M A T M E N C U B A.

Tuesday, June 28, 2011

SAMBAL GORENG JAMBI



Resepi asal :- Kamariah (Majalah Perempuan)
Sumber :- MadiHaa A.k.a Ratna @ mamawandiha.blogspot.com.

Bahan:-
4 biji ubi kentang (hiris nipis persegi & goreng garing)
2 s/b udang kering (rendam & tumbuk)
1 1/2 cawan isi udang segar (saiz kecil)
3 biji cili merah-hiris serong
3 biji cili hijau-hiris serong
4 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 s/b cili kisar
1 s/b gula merah
sedikit asam jawa
minyak
garam secukup rasa.

Cara:-
Tumis cili kisar & bawang yg dihiris
Masukkan isi udang & udang kering yg ditumbuk.Kacau rata hingga udang masak
Masukkan cili potong & kacau.masukkan garam,gula merah & air asam jawa
Akhir sekali masukkan kentang goreng dan kacau hingga kering.
Pastikan secukup rasa & hidangkan.


S E L A M A T M E N C U B A.

Monday, June 27, 2011

SAMBAL TELUR KASTURI

Assalamualaikum.
Lauk yg simple tetapi sedap.
Sumber dari:- Ummi@ Home Sweet Home.Thanks Ummi.



Bahan2:-
  • 5 buji telur (goreng mata kerbau)
  • 2 tangkai cili merah *
  • 2 tangkai cili hijau *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • 10 biji cili padi * (mama tambah)
  • Sedikit belacan bakar
  • Sedikit air (jika perlu)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • Sedikit minyak utk menumis

Kisar kasar bhn bertanda *
Cara2:-
Panaskan minyak & tumis bhn kisar dgn api sederhana.
Kacau hingga pecah minyak (jika terlalu kering boleh tambah air)
Bila nampak pekat,masukkan garam & gula secukup rasa.
Masukkan pula telur yg digoreng tadi & kacau perlahan.
Tutup api & masukkan jus limau dan kacau rata
Hidangkan bersama nasi putih.


Menu sampingan...Jelatah timun + Nenas.
Tak payah resepi lah ya...senang sgt nak membuatnya.

S E L A M A T M E N C U B A.


HOMEMADE SOYA BEAN

Assalamualaikum.
Sedap diminum panas ataupun sejuk.Dulu ingatkan susah nk buat...senang je...tak payah nk beli lg...yg beli pun kadang2 tak manis,kadang2 cair..tak terasa soyanya..buat sendiri br puashati...jom minum air soya.

Sumber :- Ros@www.jintanmanis.com
Terimakasih banyak2 ya share resepi.
Resepi telah diolah sedikit ya...minta maaf.
Bahan2:-
200 gram kacang soya
2 liter air
1 cawan gula pasir (tambah jika perlu)
3 helai daun pandan
1/2 s/t garam
(Ros tambah sedikit garam bg menambahkan rasa lemak air soya tu)
Cara2
Rendam kacang soya semalaman,lebihkan air sedikit,nanti kacang akan mengembang.
Buang kulit luarnya (mama ramaskan kacang-kulit akan terkopek)
Cuci & toskan.
Kisar kacang dgn air mengikut kepekatan yg dikehendaki. (mama bubuh 1 cawan kacang kisar dgn 2 cawan air)
Buat hingga habis.
Tapis dgn kain bersih (mama guna tapis kain yg selalu buat teh tarik tu,beli baru khas utk buat air soya)
Perah utk mengeluarkan air soya.
Asingkan hampasnya.
Masak dlm periuk,bubuh daun pandan dan sedikit garam
Biar mendidih...masukkan gula.
(Hendak selalu dikacau,nanti meruap)
Hidangkan panas / sejuk
Simpam dalam petisejuk.

Kacang soya yg direndam semalaman.

Hampas kacang soya (Okara)


Masak hingga mendidih & bubuh gula & daun pandan.

Sedap diminum panas atau sejuk

PANAS/SUAM

SEJUK BERAIS..YUMMY.LEMAK BERKRIM

S E L A M A T M E N C U B A.

Friday, June 24, 2011

KUIH KASWI GANDUM

Resepi asal Chef Hanieliza (Hanieliza fotopages)
Sumber : Izahdaut (Izah Muffin Lover) Terimakasih kerana berkongsi resepi.

Bahan2:-
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
5 cawan air
1 helai daun pandan
(Masak & sejukkan)

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung sagu ubi
1 s/t air kapur
Kalapa parut (yg muda)
Sedikit garam

Cara2
Panaskan kukusan
Sapu sedikit minyak pada loyang
Bancuh semua bahan.Tuang dalam loyang.
Kukus selama 30 minit
Hidangkan dgn kelapa parut.



Mama buat 1/2 adunan je...
Sedap...lembut & kenyal2 gitu..


S E L A M A T M E N C U B A.

ACAR TELUR ASIN

Assalamualaikum..
Lauk pembuka selera..makan dgn nasi panas2..Sedap juga kalau makan dgn bubur nasi...

Sumber 1 : KakWan@recipicitarawan
Sumber 2 : Ayu ( Curlybabe's Satisfaction )
Terimakasih semua share resepi ni...sedap.

Bahan2:-
4 biji telur masin (rebus & potong 4)
3 s/b cuka
1 s/b gula halus
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
4 biji cili padi (jika suka pedas) hiris
1/2 labu bawang besar (hiris)

Cara2:-
Potong telur masin & susun dalam pinggan
Gaulkan cuka & gula hingga larut.
Masukkan cili merah,cili hijau dan bawang besar.
Gaul rata & tuangkan atas telur.
Sedia utk dihidangkan.

S E L A M A T M E N C U B A.


Telur masin yg telah direbus.


Wednesday, June 22, 2011

APAM SALJU (SNOW WHITE) LAGI.....

mama buat 1/2 adunan je.dapat dalam 20 biji



Mama buat 1/2 adunan je ...dpt lah dlm 20 biji.



Assalamualaikum
Buat lagi petang td...utk berbuka puasa,suka sangat apam salju ni lembut & gebu.Nak buat pun senang & cepat.Mama buat 1/2 adunan je...Sila lihat resepi disini.
Sumber:- Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)

Bahan2:-
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara2:-
Masukkan semua bahan dlm mangkuk kecuali nasi + air.
Gaul bhn tersebut.Ketepikan
Blender nasi & air hingga hancur.
Campurkan nasi yg telah diblender dgn bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan.
Biarkan adunan mesra selama 1 jam,adunan akan mengembang (mama perap 2 jam)
Selepas diperap, kukus dlm acuan kecil yg telah disapu minyak.
Kukus selama 10-15 minit.

S E L A M A T M E N C U B A.

Tuesday, June 21, 2011

BUBUR JAGUNG SAGU

Buat petang semalam...jalan2 pasar tani jumpa pulak jagung yg cantik isinya...terus beli santan..jadilah bubur jagung...

Bahan2:- 

5 tongkol jagung manis mentah 
4 s/b sagu mata ikan
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 s/b gula merah
5 s/b gula pasir (ikut manis)
1 s/t garam
1 helai daun pandan
Cara:-

Hiris nipis jagung manis.
Rebus jagung dgn daun pandan,1 cawan air & garam
Bila mendidih,masukkan sagu.
Biar sagu kembang.
Masukkan gula merah & gula pasir
Masukkan santan,biar mendidih.Angkat.
(Ikut kepekatan yg dikehendaki,tambah air jika perlu)

 Jagung yg di beli di pasar tani...cantik isinya...
 Hiris nipis & rebus sekejap
 Jom makan bubur jagung


S E L A M A T  M E N C U B A.

Monday, June 20, 2011

PECAL

Assalamualaikum semua.Pecal ni sebenarnya makanan org jawa...sebab cik abg mama org jawa..belajar buat kuah pecal ni dari MIL...jom kita tengok resepinya.
Pecal ni sebenarnya adik beradik rojak & pasembor ..hehehe...jgn tak tau pulak

Bahan2:- 
500 gram kacang tanah~ di goreng & kisar/tumbuk
Cili kering~ rm1 (ikut pedas)
10 ulas bawang merah
1 inci belacan
Sedikit ubi cekur (jika suka)
1 s/b asam jawa (tanpa biji)
Garam & gula

Cara2:-
Kacang tanah digoreng & ditumbuk/kisar( tak perlu buang kulit)
Bahan yg lain digoreng,toskan minyaknya & dikisar/tumbuk
Gaulkan dgn kacang tanah yg ditumbuk td beserta asam jawa  gula & garam
Gaul sebati.
Campur dgn air panas apabila hendak dihidangkan
Kepekatan kuah ikut selera masing,mama suka pekat sikit,bila curah kt atas sayur tuu...melekat ...ermm
YUMMY..




Sedia utk dimakan..ratah2 macam tu pun sedap
Bahan sayur:-
Timun 
Kacang panjang
Kangkung 
Pucuk ubi
Taugeh
Sengkuang
Tauhu goreng
Atau apa2 sayur mengikut citarasa masing2.
S E L A M A T  M E N C U B A.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_