.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 27, 2011

BONUS LINK

Berbaloi......memang berbaloi.Semalam mama & family g jenjalan Sban...singgah Parkson....lalu kt kaunter redeem point...cuba2 la tanya point bonuslink &MBB card....kedua2 kad tu mempunyai point sebanyak 74,000,
sebab lama tak tebus dah...bulan lepas mama tebus ada 32,000 je..cik abang kata tunggu ...kumpul lagi lah.
Kedua-dua kad ini atas nama cik abang....dapatlah voucher Rm 740....suka2...mama pun apa lagi beli lah brg 
kat bwh ni......(voucher hanya boleh digunakan dgn membelibelah di PARKSON shj.....di semua stor....)
Jadi kawan2 mohon lah kad bonus link sekarang.....dan berbelanjalah di Parkson...

v
v
v
v
 ni handbag baru mama
ok la buat kuar santai2.
less 70%.rugi kalo xbeli
 ni voucher y mama tebus.
ni pon ade y da guna sikit

 waffle maker
 nanti mama buat.
mama tunjuk kat entry lain

electronic kitchen scale.
da lame mama mengidam nak ni
senang mama nak wat kuih n kek nnt

Wednesday, March 23, 2011

REZEKI JGN DI TOLAK

Gara-gara kulit muka tak sesuai dengan produk kecantikan ini....mama cite sikit la ya...Ada sorang rakan blogger ni...beli produk SRG..guna dalam seminggu...muka naik jerawat..muka pula jd berminyak...Dia pun buat entry kt blog dia  http://fztogether.blogspot.com(ZIE FAUZIE) sapa2 yg nk brg ni...hantar kt komen..link blog & email...mama pun cuba lah nasib...tup2 naik nama mama...brg tu pun sah jd milik mama...barang free kan,sapa tak nak...THANKS ZIE FAUZIE & cute ALYA yg cabut nama mama....

Kita tengok sape yg kena......???

Ini lah brg2 yg mama dapat,....

Monday, March 21, 2011

ONDE ONDE/BUAH MELAKA

Bahan:
1 peket tepung pulut
2 keping gula kabung/enau
1 biji kelapa (putih sahaja)
5 helai daun pandan
  (kisar & ambil airnya)
1 s/t pewarna hijau

 (gula kabung)

(gula kabung yang telah dipotong)


Cara:

-Potong gula kabung kecil2
-Uli tepung pulut & air daun pandan + pewarna hijau(jadi doh)
-Bulat2kan tepung & masukkan gula kabung didalamnya.
-Rebus dlm air mendidih (bila kueh masak,kueh akan timbul)
-Angkat,toskan airnya dan golekkan atas kelapa yg digaul sedikit garam.
-Sedia utk dihidangkan.



 (kuih akan timbul setelah masak)

GULAI UDANG & REBUNG


Bahan:

300 gm udang
3 cwn santan
15 biji cili api (ikut pedas)
2 cm kunyit hidup
1 btg serai
1 mangkuk rebung

Cara:

-Kisar cili api & kunyit hidup
-Masukkan rebung dalam periuk
-Masukkan cili api (kisar) dan santan.
-Biar mendidih sebentar.
-Masukkan udang.
-Biar mendidih lg.
-Sesuaikan asam garamnya.
-Bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, March 17, 2011

TUMIS KAMBAS & TAUCHU

 Stok tauchu mama ada lg...beli se botol haritu...sebab tu la masak sayur apa2 pun nk letak tauchu..hehe..

Bahan2:

1 biji kambas  (potong kecil)
2 s/b tauchu.

(A) 5 ulas bawang merah
      2 ulas bawang putih
      1s/b udang kering/ikan bilis
      1 biji cili merah
      7  biji cili api (ikut pedas)  
      1/2 cm belacan (ikut suka)

(Tumbuk bahan A)

-Tumis bahan A sampai naik bau.
-Masukkan tauchu.
-Masukkan sayur kambas.Biar empuk sebentar...
-Sesuaikan rasanya..Bolehlah dihidangkan.
(Tidak perlu garam yg banyak kerana tauchu dahpun masin)

PETUA: Bagi mengurangkan rasa pahit kambas...rendamkan kambas dalam air garam.



ASAM PEDAS TOM YAM & BENDI

Bahan:

2 ekor ikan kerisi atau ikan parang & terubuk
8 batang sayur bendi
(A) 2 biji bawang besar
      3 ulas  bawang putih
      1 cm halia
      1 cm kunyit hidup
      1 cm belacan (jika suka)
      4 s/b cili kisar
      1 buku kiub tom yam (mama guna Knoor)
      1/2 cawan air asam jawa
      1 tangkai daun kesum/daun limau purut
Kisar bahan A
CARA:
-Tumis bahan A sampai wangi.
-Masukkan kiub tom yam,air asam jawa & daun kesum.
-Biar mendidih seketika.
-Masukkan ikan.Biar sekejap.
-Masukkan bendi,biar empuk.
-Sesuaikan asam garamnya,
-Sedia utk dihidangkan..

              SELAMAT MENCUBA.

CRYSTALWAVE DISH TUPPERWARE

FROM FRIDGE TO MICROWAVE AND TO TABLE.

Kerja-kerja memanaskan lauk akan menjadi lebih  mudah dgn menggunakan Crystalwave Dish ini.
Makanan yg disimpan didalam Crystalwave dish ini boleh terus dipanaskan kedlm microwave.Tak perlu 
lg nak basuh kuali ataupun periuk.Crystalwave yg telah diisi makanan dikeluarkan dari petisejuk,masukkan
kedalam microwave...terus dihidangkan atas meja untuk santapan...Mudah bukan..
                                    sebab itu......diciptakan.......
                      ~~~FROM FRIDGE TO MICROWAVE AND TO TABLE~~


    

MEE HOON SUP (MAMA STYLE)

Bahan2

1/2 ekor ayam
4 keping dada ayam
6 ulas bawang merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
2 s/b rempah sup (serbuk)
1 peket fishball (hiris)
2 keping tauhu ikan (hiris)
1 bungkus mee hoon (rendam & celur)

Bahan sayur:
1 ikat sawi (celur)
Taugeh (celur)
Daun sup & daun bawang
Bawang goring

Cili kicap:
20 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap manis
(Kisar bersama & masukkan kicap)

Cara:
-Ayam dipotong kecil & dibersihkan.
-Dada ayam digoring & disiat2(mcn nk buat soto )
-Mee hoon di celur.
-Tumis bahan kisar sampai naik bau.
-Masukkan serbuk sup dan ayam.Kacau sebentar.
-Masukkan air (agak2 lah)
-Setelah mendidih,masukkan fish ball & tauhu ikan.
-Sesuaikan rasanya..
SEDIA UTK DIHIDANGKAN...
 SELAMAT MENCUBA......



Tuesday, March 15, 2011

ENTICING MAGIC

Dah terlanjur cita pasal barang2 dandanan diri ni mama nak cite la perfume kesukaan mama.Beli siap dgn Perfumed Talc &Roll Deodorant sekali....anak2 pun dah tau..kalau bau enticing magic ni...mesti bau mama.
Baunya sgt lembut....Lepas ni mama nk beli losyen pulak...beli time offer...jimat kos.

SAFI RANIA GOLD (SRG)


ASSALAMUALAIKUM.....Bertemu kembali.

Mama dah lama nak cite ni...nanti ada pula yg kate...ala produk murah pun nk cite...tapi mama cite juga la ya
Safi Rania Gold menjadi pilihan mama sekarang..dulu mama guna Garnier...tp..tak ok la...pada kulit mama la.
Satu hari tu jln2 dgn dotter mama (CIK EZY) peneman setia mama klu g shopping...Masuk kt Watson(kedai wajib singgah)cari brg toilettries.Belek punya belek jumpa Simply Siti...survey harga...tunggu dulu la...sekali
TERjumpa pulak Safi Rania Gold ni....pek ekonomi...ada TONER,SERUM(sgt smooth bila disapu kewajah),PEMBERSIH WAJAH & KRIM SIANG.Keputusan pun dibuat...mama beli..terus guna sampai sekarang...
(Tak semestinya yg mahal itu sesuai dgn kulit kita...yg murah kalau sesuai pun ok...)
Yang penting kalau nak cantik kena rajin......

 (pembersih wajah yg digunakan setiap hari dan skrub 2 kali seminggu)

Saturday, March 12, 2011

TERUNG TUMIS TAUCHU

BAHAN2

5 biji terung cina (belah 2 & potong serong kecil2)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi (ikut pedas)
1 biji cili merah
1 cm belacan (jika suka)
2 s/b tauchu

CARA2

Tumbuk bahan2 diatas kecuali terung.
Panaskan minyak & tumis bhn tumbuk.Biar garing sekejep.
Masukkan terung,tauchu & sedikit air (utk empukkan terung)
(jika guna tauchu..tak perlu garam yg banyak,tauchu dh pun masin)
Biar terung empuk..sesuaikan rasanya.
Sedia utk dihidangkan.



SARDIN SOTONG CILI API

Masa mama jln2 pegi beli barang2 dapur kt Billion Sg Besar aritu..jumpa la sardin sotong ni..tak tau nk masak apa..tetiba pg tu jumpa plak kt blog kwn2 blogger mama K.Lin Rosly..apalagi terus masak utk menu tengahari tu.(http://linrosly.blogspot.com/)  THANKS K.Lin Rosly...

(sardin sotong jenama rex)

BAHAN2

1 tin sardin sotong cap mahkota(REX)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
8-10 biji cili padi (ikut pedas)
1 biji bawang besar
1 biji tomato (belah 4)

CARA2

Tumbuk b merah,b.putih,halia &cili padi.
Bawang besar dihiris
Tomato dibelah empat

Asingkan sotong &airnya (mama potong kecil2 sotong tu)
Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk sampai wangi.Masukkan sotong.
Kemudian masukkan air sotong,garam dan gula.
Akhir sakali masukkan bawang besar yg dihiris & tomato.
Kacau seketika & sedia utk dihidangkan.


      SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Tuesday, March 8, 2011

KERABU SOH HOON VERSI MAMA

Kali ini kita buat kerabu pulak lah ya...mudah dan ringkas..bahan2 pun senang nak dapat...


BAHAN2

200 gm soh hoon (rendam)
10 tangkai cili api (ikut pedas)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm belacan (jika suka)
3 biji cili besar (hijau)
1 biji bawang besar
6 batang kacang panjang/kacang botol
6 keping tauhu putih(goring & potong kecil)
1 cawan kerisek
3 ekor ikan kembong (goring & ambil isinya)
Jus limau kasturi
Garam & gula secukup rasa.

CARA2
Cili padi,b.merah,b.putih & belacan digoring sebentar.
Soh hoon dicelur dan di toskan
Cili besar,Bawang besar & kacang panjang dihiris halus
Gaulkan semua bahan2,masukkan jus limau,garam & gula secukup rasa
Gaul sebati.Sedia utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!








PUDING MASAM MANIS

Mama nak kongsi resepi puding ni yang mama belajar di kelas memasak anjuran KEMAS setiap hari selasa 
setiap minggu.minggu lepas mama belajar buat puding  masam manis ni.Tak sempat nak ambil gambar pun..
dah kena ngap..lagi2 dah masuk peti sejuk.

BAHAN2:
1 bungkus agar2 (37.5 gm)
4 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula pasir 
2 biji buah mangga yg masak
   (1 biji dikisar)
   (1 biji dipotong dadu)
4 biji kuning telur
1/2 cawan perahan limau sunkist (diambil dr 2 biji buah limau)
1 s/t esen vanila

CARA2
Masak agar2 hingga mendidih.Masukkan gula,biar gula hancur & mendidih lagi.
Masukkan buah mangga yg dikisar tadi,jus sunkist,kuning telur & susu cair.Biar mendidih...
Masukkan buah mangga yg dipotong dadu tadi
Biar sebentar..tutup api
Tuang dlm loyang atau acuan agar2 yg kecil.Sejukkan
       
                                       SELAMAT MENCUBA!!

KEDAI BAHAN 2 KEK & KUIH MUIH

Disini lah kedai yg mama selalu singgah bila blik ke kg cik suami di Sg Besar..kedai yg wajib singgah...lengkap semua bahan2 & keperluan membuat kek & kuih muih.



TAPAI MANIS WARISAN BONDA

Tapai dan masyarakat jawa mmg tidak dapat dipisahkan.My MIL mmg selalu dpt tempahan tapai bila ada majlis kenduri kawin ataupun majlis2 keramaian.Kemahiran MIL mama diwarisi dari arwah nenek dulu2.Masa mama balik kg aritu sibuk la dia buatkan mama tapai pulut hitam untuk dibuat jajan(buah tangan )balik kerumah mama....memang manis tapai MIL mama tu..

mama tolong masukkan dlm bekas je taunya......dh blaja tapi tak pernah cuba lg...tapai nasi utk buat apam t beras tau la..haha..
masuk dlm cup plastik senang...sebab tak sempat nak amik daun pisang...tgh panas terik..beli cup je senang..
Mother In Law mama sedang meragi tapai...penuh perasaan...gunakan tapis dan ayakkan,macam kita nk buat kek alunan kasih..

JALAN JALAN CARI MAKAN

Warong soto Pasir Penambang di Kuala Selangor.
Soto bergedil speacial yg mama order..

SHARING IS CARING

Assalamualaikum..bertemu lagi..dah lama mama  tak update,busylah sikit.siapkan tempahan baju pastu balik kampung ade kenduri.Kali ni mama nak share sukatan cawan ke gram dan oZ.

Inilah sukatan yang mama gunakan apabila membuat kuih muih

penimbang
sukatan cawan
jug untuk sukatan cecair
sudu untuk mengasingkan telur kuning dan putih(tupperware)


sumber : fotopages kak ijan

thanks to kak ijan !
mama copy paste ye !

TEPUNG

1/4 CUP = 30 GRAM
1/2 CUP = 60 GRAM
1 CUP = 125 GRAM
3/4 CUP = 1 KILOGRAM (1000 GRAM)

GULA DAN MENTEGA

1/4 CUP = 60 GRAM
1/2 CUP = 125 GRAM
1 CUP =250 GRAM

CECAIR

1/4 CUP = 50 ML
1/2 CUP = 125 ML
3/4 CUP = 180 ML
1 CUP = 250 ML
4 CUP = 1 LITER

SUKATAN CAWAN KE GRAM (oZ)

1 CUP PLAIN FLOUR = 125 GRAM (4 oz)
1 CUP SELF RAISING = 125 GRAM (4 oz)
1 CUP CASTOR SUGAR = 250 GRAM (8 oz)
1 CUP BROWN SUGAR = 185 GRAM (4 oz)
1 CUP ICING SUGAR = 125 GRAM (4 oz)
1 CUP SULTANA = 125 GRAM (4 oz)
1 CUP COCOA = 125 GRAM (4 oz)
1 CUP WALNUT = 125 GRAM (4 oz)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_