Sumber resepi:- http://www.sitidelima.com
Resepi asal: Rinncan
Thanks CT..mama ambil resepi ya...
Mama guna loyang 6 1/2 X 6 1/2 inci.
Bahan2:-
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan
(mama tambah 1/4 cawan lagi...)
(mama tambah 1/4 cawan lagi...)
1/2 s/t esen ros (optional)
Pewarna hijau & merah
Cara;-
Panaskan kukusan.sapu loyang dgn sedikit minyak.
Masukkan loyang dalam kukusan.
Campur semua bahan kecuali pewarna & esen rose.
Tapis adunan dan bahagi 3
-warna asal (putih)
-warna hijau
-warna merah
Bubuh esen ros pada adunan warna merah.
Tuang adunan putih dahulu,diikuti hijau & merah
Buat selapis2...setiap lapisan kukus 5 minit.
Gunakan cawan yg sama utk setiap lapisan.
Untuk lapisan akhir...kukus 15-20 minit
TIP:- Buka penutup kukus dan biarkan kuih selama 10 minit atas kukusan tanpa menutup api
utk mendapatkan permukaan yg kering,sebelum itu lap dulu permukaan dgn kitchen towel.
TIPS: Utk mendapatkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik,sekiranya semua sukatan tepung adalah 2 cawan,maka adunan yg telah dicampur santan menjadi 4 cawan.Maksudnya jumlah cecair adalah 2 kali ganda adunan tepung.Terimakasih CT sharing tips..