.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 30, 2011

IKAN REBUS AIR ASAM


Assalamualaikum!

Resepi pembuka selera...terdapat juga semasa di bulan ramadan.Rata2 ramai peniaga2 lauk di bazar ramadan menjual ikan air asam ni..ok lain kali tak payah beli,kita buat sendiri ya..
Terima kasih:- pulut sekaya@my resepi. Resepi telah diubahsuai sedikit...sorry ya..

Bahan2:-

3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-ditumbuk
6 biji cili padi-ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar-dipotong dadu
1 cm belacan - digoreng & tumbuk.
1 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 s/b asam pes asam jawa
2 s/b sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.

Cara2:-

Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air
Biarkan ikan mendidih dan masak.
Angkat ikan dan ketepikan.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
Bancuh air rebusan dgn bhn tumbuk (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar)
Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
Masukkan sos cili.
Bubuh garam & gula
Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
Siram atas ikan rebus tadi
Hidangkan dgn nasi panas.


< S E L A M A T M E N C U B A >

Wednesday, October 26, 2011

CUCUR BOM MANIS

Assalamualaikum!


Lepas tengok ramai kawan-kawan dh buat,teringin pulak nak mencuba...dan hasilnya memang tidak mengecewakan...garing diluar & lembut didalam,sedap dimakan panas2.
Terimakasih pada tuanpunya resepi asal daun_kesum@Jurnal Alkiram.
Ramai juga kawan2 yg dah buat antaranya Naz COSK@ovenkecilku.blogspot.com,Izahdaut,Annaqawina,Tun Telani,Sheila Shafeareen & Mas@Duniaku.Kalau ada yg dah buat tu,mama tak letak nama...minta maaflah ya...terlepas pandang.Terimakasih semua kerana berkongsi resepi yg mudah,ringkas dan sedap ni..lebih sedap lagi kalau dicicah dgn sambal ataupun kuah kari.Lepas ni kalau nk buat cucur bom..mama akan guna resepi ni je..Jom tengok resepinya...

Bahan2:-

1 s/t yis (mauripan)
1 cawan tepung gandum
2 s/b gula
3 s/b susu pekat manis
1 s/t garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng.

Cara2:-
Campurkan yis,gula,susu pekat dan sedikit air suam (biarkan 10 minit & yis akan berbuih)
Masukkan campuran yis kedalam tepung tadi
Tambah sedikit air,agak2 macam nak buat jemput-jemput
Perap adunan 1-2 jam
Sebelum menggoreng campurkan dgn 1 s/t garam
Goreng hingga garing dan kekuningan.
(Cara mama:-mama bancuh yis+gula +air suam & biarkan 10 minit,lepas tu campurkan tepung dgn susu...masukkan campuran yis dan sedikit air dan adun sebati)

*Mama ikut Izah,setelah ditambah garam,gaulkan dan biarkan adunan nampak naik balik..baru
digoreng.

Yis + gula + air suam..biarkan 10 minit dan yis akan berbuih.


Adunan yg telah diperap 1-2 jam


Digoreng kekuningan...


Sedap dicicah dgn sambal tumis ikan bilis...

Jom minum petang...

S E L A M A T M E N C U B A!!!

Monday, October 24, 2011

KEK BATIK COKLAT

Assalamualaikum!

Dulu mama dh pernah buat menggunakan resepi yg letak telur,tapi biskut marie tu jadi lembut,mama suka kuih ini yg biskut marie tu kekal rangup..terpulanglah pada citarasa masing2 ya...
Resepi asal :-Milla@ my resepi.com.
Sumber 1:- Mas.Duniaku.
Sumber 2:-Hasue:I LOve My Life.
Sumber 3:- Diana@Sky blue Kitchen.
Terima kasih semua kerana berkongsi resepi yg sedap ni...sedap sangat2..
Bahan2:-

200 gram milo
250 gram butter
3 s/b serbuk koo
1 tin kecil susu pekat manis (boleh kurangkan)
Biskut marie secukupnya (mama guna biskut marie kecil)

Cara2;-
Lapik loyang dgn plastik
Cairkan butter dgn api yg kecil
Setelah butter cair,masukkan susu,milo sedikit2 dan kacau hingga milo hancur.
Masukkan milo dan gaul hingga tidak berketul.gaul sebati
Bubuh adunan coklat tadi di permukaan loyang.
Susun biskut marie.
Lapiskan lagi dgn adunan coklat.
Buat hingga habis.
Simpan didalam petisejuk.
(Boleh juga dipatah2kan biskut marie dan letakkan dicelah2 ruang yg kosong)


Cairkan butter & masukkan milo...


Setelah dikeluarkan dari petisejuk...

S E L A M A T M E N C U B A!!

Thursday, October 20, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT


Assalamualaikum!
Jom kita buat puding lagi..Resepi dari :-Hana's Family.
Thanks Hana....
Bahan2:-

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir (ikut manis)
2 s/b butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 s/b serbuk koko/coklat emulco

Cara2:-

Masak agar dgn 3 cawan air & gula.
Blender roti,telur,susu pekat,susu cair dan 1/2 cawan air (baki 3 1/2 cawan tadi)
Setelah agar-agar mendidih,masukkan butter/marjerin cair tadi.Tutup api.
Bahagi kpd 2 bahagian.
Satu bahagian biarkan warna asal.(mama bubuh warna kuning)
Satu bhg lagi bubuh koko @ coklat emulco (bancuh dgn sedikit air panas supaya tidak bergentel)
Ambil sesenduk warna asal dan tuang ditengah loyang kemudian ambil sesenduk warna coklat.
tuang atas adunan putih,biarkan puding bergerak ketepi dgn sendirinya..
(Mama buat corak mama sendiri,tak marble pun,ikut suka masing2 lah)
Simpan dlm petisejuk.

Agar-agar serbuk yg mama gunakan..




S E L A M A T M E N C U B A!!

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY PAPA & NANA

ASSALAMUALAIKUM!

Maaf ya terlambat sehari mama wish birthday utk suami tersayang Mohamad Safuan & puteri bongsu mama Nuremylieyana @ Nana,Selamat hari lahir utk kamu berdua yg berkongsi tarikh lahir yg sama 17 Oct..(Selamat hari lahir ...semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yg sihat & diberkati Allah selamanya AMIN.).Tahun ini menjadi tarikh yg begitu bermakna juga dalam hidup family Safuan & Noor (NOORSAFONE) kerana semalam tarikh yg sama juga merupakan hari Konvokesyen puteri sulung mama Noor Eizie Eizyanie binti Mohamad safuan.Tahniah kakak.....kami sekeluarga bangga dgn kejayaan kakak...Alhamdulillah.

Mohamad Safuan bin Sariman (Papa)

Nur Emylieyana bte Mohamad Safuan (Nana)


Kami bertiga yg berkongsi tarikh lahir di bulan October.
Mama 11Oct ...
Papa & Nana 17 Oct....



TAHNIAH!.....NOOR EIZIE EIZYANIE BINTI MOHAMAD SAFUAN.


Jom makan kek....

Tuesday, October 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Assalamualaikum
Syukur kehadrat Ilahi tika dan saat ini mama masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.Tarikh 11 Oct.begitu bermakna dalam hidup mama,setiap tahun umur bertambah.
Terimakasih kepada suami Mohamad Safuan Sariman dan family yg sentiasa menyayangi dan memahami diri ini.Tak ketinggalan buat anak2, Ezy Eizyanie,Angah Syaheera,Nuremylieyana...
kamulah permata hati dan sumber kekuatan mama dalam meneruskan kehidupan ini.Syukur alhamdulillah hari ini usia mama dipanjangkan lagi.Semoga hari2 mendatang akan memberi lebih
sinar kebahagiaan dan sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah sentiasa.AMIN






Thursday, October 6, 2011

SOTONG MASAK PADPRIK

Assalamualaikum!
Bahan2:-
4-5 ekor sotong sederhana(potong kecil & bersihkan)
4 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang merah-tumbuk
1/2 inci halia-tumbuk
6 biji cili padi diketuk (ikut pedas)
3 helai daun limau purut
2 batang serai-diketuk
2 biji bawang besar-belah lapan

Bhn sayur:-
Carrot,kobis bunga,k.panjang,putik jagung & tomato.
Daun bawang & cili besar (utk hiasan)
(mama letak kobis cina dan tomato je) sebab sayur2 yg lain takde dlm petisejuk.
Bhn sos:-
2 s/b sos tiram
3 s/b sos cili
2 s/b sos tomato (mama letak sos plum..sos tomato dh habis)
2 s/b kicap manis

Cara:-
Tumis bhn tumbuk,b.putih,b.merah & halia dgn minyak (sedikit sahaja)
Masukkan cili padi yg diketuk,serai dan daun limau purut.
Masukkan cili kisar
Biar garing sikit
Masukkan sotong.
Masukkan bhn sos,masukkan sedikit air (ikut kepekatan yg disukai)
Masukkan bawang & cili besar yg dihiris.
Biar mendidih & sesuaikan rasanya.


S E L A M A T M E N C U B A!!

Tuesday, October 4, 2011

KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum

Bahan2:-
Sumber resepi: Ayu @ Curlybabe's Satisfaction.
Guna loyang 7X7.

Untk gula hangus (karamel)

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 s/b marjerin/Mentega
Cara2:-
Gula digoreng dgn api sederhana.Bila gula dah cair,tutup /perlahankan api dan masukkan air panas sedikit2(perlu berhati2,nanti air gula merecik).
Masukkan mentega,biarkan mentega cair.sejukkan.

Bhn2 lain2:-

4 biji telur
1 cawan susu pekat manis ( boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan tepung gandum} ayak bersama.
2 s/t soda bikarbonat} ayak bersama.
1 s/t vanila.

Cara;-

Pukul telur sampai pekat & gebu
Masukkan susu pekat manis.
Masukkan tepung (yg telah diayak dgn soda) dan vanila
Masukkah air gula hangus tadi.Siap.
Perap adunan 3-4 jam
Tuang kedalam loyang yg digris dgn butter dan di tabur sedikit tepung.
(TANPA di kacau atau digodek adunan tersebut)
Bakar selama 1 jam 30 minit.
Guna api bawah sahaja 1 jam & last 30 minit api atas & bawah. (160 C-170C)

Pukul telur hingga gebu..

Masukkan susu pekat manis.Putar lagi...

Masukkan tepung yg telah diayak dgn soda bikarbonat.
sila abaikan vanila mama yg dh kehabisan tu...hehe..


Akhir sekali masukkan air gula hangus.....
Kemudian perap 3-4 jam.



Masukkan kedalam loyang setelah diperap 3-4 jam.


Fresh from oven


S E L A M A T M E N C U B A!!!

Sunday, October 2, 2011

AWARD DARI DIANA

Assalamualaikum.
Demam award bermula lagi,kali ini mama terima Versatile Award...dengar tajuk award pun dh takut,versatile ke?Hanya jauhari yg mengenal manikam.Terimakasih adik yg cantik manis Diana @ Sky Blue Kitchen.Tak jemu singgah kesini kerana banyak resepi kuih muih,lauk pauk yg dihidangkan oleh adik Diana ni.Gambar2 dlm blog yg tak jemu mata memandang...cantik2.Terimakasih sekali lagi Diana.
Kalau dah terima award mama kena kongsikan 7 perkara mengenai diri sendiri.

1.Anak bongsu dari enam org adik beradik 2 lelaki & 4 perempuan.
2.Suka masakan yg pedas2.
3.Suka menjahit,kraftangan,crochet dan cross-stitch.
4.Suka mencuba resepi-resepi baru
5.Suka rumah yg kemas & teratur.
6.Suka pada kedamaian & ketenangan.
7. Suka pada muzik.

Ok lah tugasan selesai.Kepada semua pengunjung Story of mama sudi2kan ambil award ini ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_