Tuesday, September 20, 2011

PAU KACANG MERAH



ASSALAMUALAIKUM!
Bertemu kembali,kali ni mama nk share resepi pau yg sangat mudah ni,uli guna tangan je...ok je,gebu jugak...jom sama2 try buat.Saja letak resepi disini walaupun mudah utk rujukan anak2 dimasa akan datang.

Bahan2

500 gram tepung pau (blue key)
!/2 peket yis mauripan
1 s/b gula halus
1/2 cwn air suam
1 s/b bread softener
3 s/b minyak jagung/minyak masak
1 s/b vegetable shortening (lemak sayur)
Air secukupnya (utk menguli jadi doh)

Cara2
Sebatikan yis,air suam & gula halus.Biarkan dalam lebih kurang 5 minit (sehingga yis mengembang)
Campur tepung,bread softener,minyak jagung & shortening gaul sebati
Masukkan yis yg telah dibancuh tadi.
Uli semua hingga tak melekat ditangan & menjadi doh yg lembut.
Perap adunan selama 30 minit (doh akan naik mengembang)
Bulat2kan dan masukkan inti (mama guna inti kacang yg ready made je)
Biarkan mengembang lagi 10-15 minit.
Kukus 15-20 minit atau sehingga masak.
NOTA: Utk mendapatkan pau yag sama saiz..timbang dahulu setiap satu sebelum dimasukkan inti..mama tak timbang pun sebab tu tak sama saiz...hehe..

Yis yg telah mengembang..

Mama guna tepung kotak je..

Sebelum dikukus.

Setelah dikukus..

S E L A M A T M E N C U B A!!!!

Thursday, September 15, 2011

SAMBAL TELUR DADAR

ASALAMUALAIKUM!

Lepas2 raya ni makan nasi berlaukkan telur pun sedap kan.Dah selalu sangat makan ayam & daging.Nk makan ikan,terasa malas pulak nk kepasar..Masak sambal telur sedap juga.Jom layan resepi sambal telur dadar yg simple ni tapi yg penting sodap.
Sumber :- STORY OF MAMA .BLOGSPOT.COM.

Bahan:-

5 biji telur ayam
2-3 s/b cili kisar
3 ulas bawang putih
2 s/b cili sos
1 s/b tomato sos
2 biji bawang besar(bawang kuning) dihiris bulat.
Garam & gula

Cara:

Telur digoreng dadar (Mama guna pan 20 cm utk mendptkan telur dadar yg tebal)
Sejukkan sebentar & dihiris persegi.
Bawang putih didadukan kecil2
Bawang besar dihiris bulat
Panaskan minyak,masukkan bawang putih,biar garing sedikit.
Masukkan cili kisar,tumis sampai garing.
Masukkan cili sos,sos tomato (tak perlu bubuh asam jawa sbb sos tomato dh masam)
Bubuh sedikit air.Masukkan bawang besar yg dihiris tadi.
Masak hingga kuah sedikit pekat.
Sesuaikan rasanya.


Guna pan 20 cm(utk telur dadar yg tebal) jika ada,guna kuali biasa pun boleh juga.

S E L A M A T M E N C U B A!!!

Tuesday, September 13, 2011

CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY



Sumber:- Nor @ SECUBIT GARAM..Thanks Nor.

Bahan2:-
400 gram cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 s/b serbuk cili (ikut pedas)
1 s/b serbuk cili kasar (tak letak-takde stok)
1 1/3 cawan air (tambah jika perlu)
1 s/t garam
Minyak utk menggoreng

Cara2:-
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki
Basuh bersih & toskan.Lap dgn paper towel sekiranya ada air lebihan pada cendawan.
Bancuh semua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati
Panaskan minyak dgn api kuat.
Bila minyak dh cukup panas celupkan cendawan kedalam batter dan goreng hingga masak/garing
Angkat & toskan
Hidang dgn sos cili thai atau cili sos kegemaran masing2

*Proses menggoreng cendawan memang perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak.
(Pesanan dari Nor@Secubit garam)





S E L A M A T M E N C U B A!

Thursday, September 8, 2011

CEKODOK/CUCUR SARDIN


Antara bhn2 yg diperlukan...




Minta maaf ya,daun kucai belum dimasukkan,baru nk pergi beli..hehe..

CUCUR SARDIN...SODAP...

Asyik makan kuih raya je...tukar selera jom,kita buat cekodok sardin,sedap jugak kan.
Terimakasih pada tuanpunya resepi : http://pnut.blogspot.com.

Bahan
1 tin sardin(kalau ahli ramai guna tin besar,kalau tak kecil pun cukup)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 biji bawang besar (dadu)
2 biji ubi kentang (dadu & rebus)
1 biji telur (mama tambah)

Bhn sayur (optional)

Carrot (dadu/sagat macam buat popia)
Daun kucai (mama tambah)
Daun bawang (hiris halus)
Cili merah (hiris halus)

Ikan sardin dipecahkan kasar-kasar,masukkan sos sardin sekali.
Bancuh semua bhn dgn sedikit air (seperti membuat cekodok biasa)
Masukkan sardin sekali,bila pecahkan kasar2,bila mkn terasa sardinnya.
Goreng kekuningan.
Nota:
Jika tiada tepung naik sendiri,guna tepung gandum pun boleh,tambah 1 s/t b.powder.
Jika guna tepung naik sendiri/t.kek,rasanya lebih lembut & sedap.


Makan dgn sos cili yg mama buat sendiri.


S E L A M A T M E N C U B A!!!!

Tuesday, September 6, 2011

ALBUM RAYA......SUASANA DI KG SG BESAR..SELANGOR

Pagi Raya di teratak kami.....


Dirumah MIL..Sg HJ Dorani..


Dirumah Atuk saudara....






Dirumah sepupu sebelah MIL..







Indahnya beraya didesa.....

Monday, September 5, 2011

TERIMAKASIH ATAS INGATAN

Terimakasih diucapkan atas kiriman kad-kad hariraya Semoga persahabatan alam maya kita akan terus berkekalan hendaknya...AMIN.
SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR DAN BATIN dari
MAMA NOOR~STORY OF MAMA.