Monday, December 19, 2011

AISKRIM GORENG




Assalamualaikum..lama dh tak bersiaran...bukan apa..sibuk sikit....hehe.Jom kita layan desert yg senang dibuat & sedap bila dimakan.

Sumber resepi 1:Lina (Teratak Mutiara Kasih)

Sumber 11 Naz ( cute oven,small kitchen)
(Terima kasih semua share resepi)

Bahan2:-
(utk 5 biji aiskrim goreng)

10 keping roti
5 scoop aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik penyimpanan
Acuan utk menerap roti (cawan plastik atau apa2 yg boleh dijadikan penerap)
Minyak masak utk menggoreng

Cara2:-

Letak sekeping roti atas pinggan
Letakkan satu scoop aiskrim ditengah2 roti
Ambil sekeping lagi dan tutup diatas roti yg pertama tadi
Gunakan acuan utk menerap hingga terputus bhg tepi roti
Kelim/kepit bhg tepi roti supaya tidak terbuka
Simpam dalam plastik utk penyimpanan selam 3 jan atau semalaman
Panaskan minyak dan goreng
Terbalikkan agar masak sekata
Proses menggoreng sekejap sahaja (kurang dari 1 minit)
Angkat & sedia utk dinikmati.

Letakkan 1 scoop aiskrim diatas sekeping roti.


Tutup dgn sekeping roti lagi

Potong dgn pisau /pemotong agar2 dibhg tepi roti


Kelim/kepit kan bhg tepi agar tidak terbuka nanti...

Simpam utk difrozenkan
Selepas digoreng.

S E L A M A T M E N C U B A!!!

Monday, November 21, 2011

GULAI KETAM + NENAS


Assalamualaikum!
Bertemu kembali....lauk ringkas je hari ini...jom tengok resepinya...

Bahan:-

5 ekor ketam bunga
4 cawan santan pekat + sedikit air
1 1/2 inci kunyit
10 biji cili padi (ikut pedas)
1 batang serai (diketuk)
1 biji nenas

Cara:-
Nenas dipotong kecil dan dicelur sekejap
Tumbuk cili padi & kunyit
Masukkan santan, ketam dan nenas tadi
Masak hingga kuah mendidih
Sesuaikan rasanya..



Menu sampingan ~ Pucuk paku goreng belacan.


S E L A M A T M E N C U B A!!!

Thursday, November 10, 2011

KUIH SERIMUKA



Assalamualaikum!
Dulu2 mama dah pernah buat kuih ni..tp ada je yg tak kena..bahagian atasnya terlembik lah,terkeraslah..Bila jalan2 kat umah kawan2 terjumpa pulak resepi kuih serimuka yg ni..mengikut citarasa mama.Terimakasih pada KAKCHU@Resepi Ibu kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni.

Bahan2-
Lapisan bawah

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam
(santan ikut paras pulut (lebihkan sikit) kemudian kukus 25 minit)

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastard
2 s/b tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan
2 cawan santan
Cara2-
Sebatikan semua bahan lapisan atas(mama blender je)

Ikut suka masing nak buat dalam loyang atau acuan kecil,sapu sedikit minyak pada loyang /acuan kecil
Tekan pulut kedalam loyang/acuan sehingga padat dan rata.
Tuangkan adunan tepung
Kukus selama 15 minit atau hingga masak (lebihkan masa mengukus jika menggunakan loyang)
Sejukkan



Sunday, October 30, 2011

IKAN REBUS AIR ASAM


Assalamualaikum!

Resepi pembuka selera...terdapat juga semasa di bulan ramadan.Rata2 ramai peniaga2 lauk di bazar ramadan menjual ikan air asam ni..ok lain kali tak payah beli,kita buat sendiri ya..
Terima kasih:- pulut sekaya@my resepi. Resepi telah diubahsuai sedikit...sorry ya..

Bahan2:-

3 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah-ditumbuk
6 biji cili padi-ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar-dipotong dadu
1 cm belacan - digoreng & tumbuk.
1 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dipotong dadu
2 s/b asam pes asam jawa
2 s/b sos cili
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.

Cara2:-

Ikan direbus dgn asam keping,secubit garam dan sedikit air
Biarkan ikan mendidih dan masak.
Angkat ikan dan ketepikan.Buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
Bancuh air rebusan dgn bhn tumbuk (tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar)
Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
Masukkan sos cili.
Bubuh garam & gula
Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
Siram atas ikan rebus tadi
Hidangkan dgn nasi panas.


< S E L A M A T M E N C U B A >

Wednesday, October 26, 2011

CUCUR BOM MANIS

Assalamualaikum!


Lepas tengok ramai kawan-kawan dh buat,teringin pulak nak mencuba...dan hasilnya memang tidak mengecewakan...garing diluar & lembut didalam,sedap dimakan panas2.
Terimakasih pada tuanpunya resepi asal daun_kesum@Jurnal Alkiram.
Ramai juga kawan2 yg dah buat antaranya Naz COSK@ovenkecilku.blogspot.com,Izahdaut,Annaqawina,Tun Telani,Sheila Shafeareen & Mas@Duniaku.Kalau ada yg dah buat tu,mama tak letak nama...minta maaflah ya...terlepas pandang.Terimakasih semua kerana berkongsi resepi yg mudah,ringkas dan sedap ni..lebih sedap lagi kalau dicicah dgn sambal ataupun kuah kari.Lepas ni kalau nk buat cucur bom..mama akan guna resepi ni je..Jom tengok resepinya...

Bahan2:-

1 s/t yis (mauripan)
1 cawan tepung gandum
2 s/b gula
3 s/b susu pekat manis
1 s/t garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng.

Cara2:-
Campurkan yis,gula,susu pekat dan sedikit air suam (biarkan 10 minit & yis akan berbuih)
Masukkan campuran yis kedalam tepung tadi
Tambah sedikit air,agak2 macam nak buat jemput-jemput
Perap adunan 1-2 jam
Sebelum menggoreng campurkan dgn 1 s/t garam
Goreng hingga garing dan kekuningan.
(Cara mama:-mama bancuh yis+gula +air suam & biarkan 10 minit,lepas tu campurkan tepung dgn susu...masukkan campuran yis dan sedikit air dan adun sebati)

*Mama ikut Izah,setelah ditambah garam,gaulkan dan biarkan adunan nampak naik balik..baru
digoreng.

Yis + gula + air suam..biarkan 10 minit dan yis akan berbuih.


Adunan yg telah diperap 1-2 jam


Digoreng kekuningan...


Sedap dicicah dgn sambal tumis ikan bilis...

Jom minum petang...

S E L A M A T M E N C U B A!!!

Monday, October 24, 2011

KEK BATIK COKLAT

Assalamualaikum!

Dulu mama dh pernah buat menggunakan resepi yg letak telur,tapi biskut marie tu jadi lembut,mama suka kuih ini yg biskut marie tu kekal rangup..terpulanglah pada citarasa masing2 ya...
Resepi asal :-Milla@ my resepi.com.
Sumber 1:- Mas.Duniaku.
Sumber 2:-Hasue:I LOve My Life.
Sumber 3:- Diana@Sky blue Kitchen.
Terima kasih semua kerana berkongsi resepi yg sedap ni...sedap sangat2..
Bahan2:-

200 gram milo
250 gram butter
3 s/b serbuk koo
1 tin kecil susu pekat manis (boleh kurangkan)
Biskut marie secukupnya (mama guna biskut marie kecil)

Cara2;-
Lapik loyang dgn plastik
Cairkan butter dgn api yg kecil
Setelah butter cair,masukkan susu,milo sedikit2 dan kacau hingga milo hancur.
Masukkan milo dan gaul hingga tidak berketul.gaul sebati
Bubuh adunan coklat tadi di permukaan loyang.
Susun biskut marie.
Lapiskan lagi dgn adunan coklat.
Buat hingga habis.
Simpan didalam petisejuk.
(Boleh juga dipatah2kan biskut marie dan letakkan dicelah2 ruang yg kosong)


Cairkan butter & masukkan milo...


Setelah dikeluarkan dari petisejuk...

S E L A M A T M E N C U B A!!

Thursday, October 20, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT


Assalamualaikum!
Jom kita buat puding lagi..Resepi dari :-Hana's Family.
Thanks Hana....
Bahan2:-

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir (ikut manis)
2 s/b butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 s/b serbuk koko/coklat emulco

Cara2:-

Masak agar dgn 3 cawan air & gula.
Blender roti,telur,susu pekat,susu cair dan 1/2 cawan air (baki 3 1/2 cawan tadi)
Setelah agar-agar mendidih,masukkan butter/marjerin cair tadi.Tutup api.
Bahagi kpd 2 bahagian.
Satu bahagian biarkan warna asal.(mama bubuh warna kuning)
Satu bhg lagi bubuh koko @ coklat emulco (bancuh dgn sedikit air panas supaya tidak bergentel)
Ambil sesenduk warna asal dan tuang ditengah loyang kemudian ambil sesenduk warna coklat.
tuang atas adunan putih,biarkan puding bergerak ketepi dgn sendirinya..
(Mama buat corak mama sendiri,tak marble pun,ikut suka masing2 lah)
Simpan dlm petisejuk.

Agar-agar serbuk yg mama gunakan..




S E L A M A T M E N C U B A!!

Tuesday, October 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY PAPA & NANA

ASSALAMUALAIKUM!

Maaf ya terlambat sehari mama wish birthday utk suami tersayang Mohamad Safuan & puteri bongsu mama Nuremylieyana @ Nana,Selamat hari lahir utk kamu berdua yg berkongsi tarikh lahir yg sama 17 Oct..(Selamat hari lahir ...semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yg sihat & diberkati Allah selamanya AMIN.).Tahun ini menjadi tarikh yg begitu bermakna juga dalam hidup family Safuan & Noor (NOORSAFONE) kerana semalam tarikh yg sama juga merupakan hari Konvokesyen puteri sulung mama Noor Eizie Eizyanie binti Mohamad safuan.Tahniah kakak.....kami sekeluarga bangga dgn kejayaan kakak...Alhamdulillah.

Mohamad Safuan bin Sariman (Papa)

Nur Emylieyana bte Mohamad Safuan (Nana)


Kami bertiga yg berkongsi tarikh lahir di bulan October.
Mama 11Oct ...
Papa & Nana 17 Oct....



TAHNIAH!.....NOOR EIZIE EIZYANIE BINTI MOHAMAD SAFUAN.


Jom makan kek....

Tuesday, October 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Assalamualaikum
Syukur kehadrat Ilahi tika dan saat ini mama masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.Tarikh 11 Oct.begitu bermakna dalam hidup mama,setiap tahun umur bertambah.
Terimakasih kepada suami Mohamad Safuan Sariman dan family yg sentiasa menyayangi dan memahami diri ini.Tak ketinggalan buat anak2, Ezy Eizyanie,Angah Syaheera,Nuremylieyana...
kamulah permata hati dan sumber kekuatan mama dalam meneruskan kehidupan ini.Syukur alhamdulillah hari ini usia mama dipanjangkan lagi.Semoga hari2 mendatang akan memberi lebih
sinar kebahagiaan dan sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah sentiasa.AMIN