Tuesday, February 8, 2011

PETUA DIDAPUR MAMA

Mama ingin berkongsi petua ini bersama anda semua
BAWANG PUTIH MUDAH DIKOPEK

Tahukah anda ada pelbagai cara untuk mengopek bawang putih dengan mudah ? Ianya lebih menjimatkan masa anda.Caranya dengan merendamkan bawang putih ke dalam mangkuk berisi air. Setelah direndam bolehlah dikupas dengan mudah.

KISMIS RENDAHKAN KOLESTROL

Kismis sememangnya disyorkan untuk diet harian kerana sifat sebatiannya yang mampu menurunkan kolestrol tubuh. Dengan memakan 400 kalori kismis setiap hari,mampu menurunkan kadar kolestrol sebanyak 8 peratus. Bukan hanya kolestrol malah serat yang terkandung didalamnya mampu membantu proses pencernaan dengan baik

No comments:

Post a Comment