.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 5, 2011

KEMBALI BERSIARAN......




SALAM AIDILFITRI.
Walau agak terlambat...mama tetap nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua rakan-rakan2 blogger,blogger2 masakan,rakan2 yg sudi singgah ke STORYOF MAMA dan semua rakyat Malaysia ....mohon ampun dan maaf sekiranya ada ketelanjuran tulisan yg tidak disengajakan.Baru hari ini berkesempatan bersiaran kembali setelah lama menyepi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan,sibuk dgn tempahan2 baju2 raya.Terimakasih juga diucapkan kepada yg sudi memberikan kad raya utk mama..Sekali lagi......SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari MAMA NOOR & KELUARGA.


Tuesday, August 9, 2011

CUCUR UDANG




Assalamualaikum.
Jom kita tengok resepi cucur udang yg sedap ni.
Sumber :- NOR 67@SECUBIT GARAM.Thanks Nor..

Bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 s/t yis mauripan
1 biji bawang besar - didadukan
Daun kucai
Taugeh
Sedikit kunyit-utk color kuning
1 s/t garam
Minyak utk menggoreng
Udang secukupnya

Cara:-
Bancuh semua bahan kecuali minyak & udang.
Perap adunan 1/2 jam
Panaskan minyak
Letak senduk dlm kuali dan panaskan
Bubuh adunan dlm senduk dan letak seekor udang (tekan2 sedikit)
(mama masukkan udang kedalam adunan sekali,udang kertas yg digoreng sebentar)
dengan minyak yg sedikit )
Masukkan dlm minyak dan goreng hingga bhg bawah tak melekat pada senduk
Goyang2 sedikit senduk supaya lekang.
Goreng hingga kekuningan
Makan dgn sos kegemaran masing-masing.


Mama cmpurkan sekali udang kedalam adunan.


Jemput makan...sedap utk hidangan berbuka puasa/minum petang.


Utk Sos Cucur Udang:-
Resepi :- Noorsafone@Storyofmama.

6 biji cili merah *
4 ulas bawang putih *
2 s/b cili kisar (cili kering)
2 s/b sos cili thai (Maggi)
2 s/b sos cili Hot n Sweet (Maggi)
Garam,gula & cuka (secukup rasa)
Air secukupnya ikut kepekatan.

Cara:-
Kisar bhn bertanda *
Campur semua bahan2 dan masak hingga kuah pekat (ikut kepekatan yg disukai )
Sesuaikan rasanya.

Campurkan 2 s/b sos cili Hot n Sweet..


S E L A M A T M E N C U B A!

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA....


Selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia buat semua pengunjung STORYOFMAMA dan rakan2 blogger semua..Mama sibuk sikit bulan puasa ni,maklum lah nk tambah duit poket sikit..menyiapkan tempahan baju2 raya.So berehat seketika lah nampaknya ya,tp kalau ada masa,mama akan post n3 baru juga okey,bergantung pada keadaanlah.Terimakasih pada semua yg bg support,semangat dan kerjasama ya,tanpa anda SEMUA siapalah STORYOFMAMA.Terimakasih sekali lagi.SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SEMOGA BULAN YG MULIA INI AKAN MEMBERI KEINSAFAN DAN KETAQWAAN BUAT KITA SEMUA...AMIN.

Salam Sayang buat semua dari MAMA NOORSAFONE~STORYOFMAMA.

Tuesday, July 26, 2011

KARIPAP INTI AYAM


Asalamualaikum semua.
Lama dah tak buat karipap ni...buat banyak sikit...simpan utk frozen..bila ada tetamu dtg senang...tinggal nak goreng je sekejap...lepas tu bancuh kopi...hidangkan,,,senang kan....
Mama buat karipap ni gara2 tgok blog Kakjee yg buat karipap daging utk minum petang..

Mama dpt 2 bekas utk frozen...


Inti kentang + ayam yg mama masak..
Karipap yg disusun dlm dulang sebelum digoreng..

Siap utk minum petang...jom makan karipap berinti ayam..


Bahan utk inti:-
500 gram ubi kentang (potong dadu)
1 peket ayam kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
3 s/b rempah c urry
3 s/b cili kisar (ikut pedas)
Garam & gula

Cara2:-

Tumis bawang putih & bawang merah
Masukkan cili kisar & rempah c urry.
Masukkan ayam kisar.
Masukkan ubi kentang,masukkan sedikit air.
Biar ubi kentang empuk.
Sesuaikan rasanya.
Masak hingga kering

Bahan kulit karipap :-
500 gram tepung gandum
3 s/b marjerin
!/2 cawan minyak masak (panaskan)
Cara2:-
Gaul tepung dgn marjerin hingga sebati
Masukkan minyak panas.
Masukkan air sedikit2 dan uli jadi doh
Canai...bubuh inti & goreng kekuningan ..




S E L A M A T M E N C U B A.

Sunday, July 24, 2011

TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING

Sepinggan utk sambal yg letak je diatas terung tu.


Assalamualaikum
Resepi : Kakjee @ Dunia dari Dapur Kak Jee
Thanks Kakjeee.
Bahan:-
6 biji terung cina (kalau panjang,potong dua )mama belah empat
Cili merah & cili api (ikut pedas) mama letak cili kering-kisar
1 biji bawang besar
3ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara:-
Terung dibelah dua (kalau besar mama belah empat)
Kemudian digoreng atau bakar setengah masak (mama goreng)
Goreng menggunakan sedikit minyak sahaja.
Goreng udang hingga garing.
Tumbuk cili merah,cili api.bawang besar & bawang putih.
Tumis dalam minyak yg sama goreng udang tadi
Bila dah wangi ,masukkan terung
Tabur udang kering yang digoreng tadi & gaul rata.
Sesuaikan rasanya.

*mama tumbuk sekali udang yg telah digoreng dgn bawang2 & cili,ubahsuai sikit resepi kakjee ni

Terung cina...color ungu.
Pic Google..

Sambal yang digaul sekali dgn terung.


S E L A M A T M E N C U B A!


Friday, July 22, 2011

YEAH......YEAH DAPAT AWARD..


ASSALAMUALAIKUM

Terimakasih atas ingatan Diana @MelleyMey yang sudi memberikan award
STYLISH BLOGGER AWARD ni kepada mama.kecil tapak tangan kuali & periuk mama tadahkan....haha...sebab kita suka masak kan....Mama memang suka singgah didapur Diana ni,setiap hari mesti nk lawat dapur Diana...seorang ibu yg rajin memasak.......Masakan yg sedap2 & Gambar yg cantik2.Semoga persahabatan antara sesama kita akan terus terjalin,walaupun kita cuma ditemukan dialam maya.Terus eratkan silatulrahim sesama kita.mama nak kongsikan juga award ini dgn kawan-kawan lain yg sudi menerimanya .....sudi-sudikanlah ya..

Terimakasih Diana atas ingatan...jgn lupa makan cookies dalam tin tu ok..
Mama buat speacial for You......Famous Amos Chocolate Chip Cookies...

Wednesday, July 20, 2011

CUCUR NASI JEJARI KETAM + UDANG




Assalamualaikum.

Sumber :Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)
Terimakasih Yatie.

Bahan2:-

2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b udang kering,rendam & toskan (tak letak)
1 cawan udang segar (saya tambah)
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crab stick (jejari ketam)atau lebih(potong kecil )
1 biji lada besar ~ hiris (jika suka)
Daun sup & daun bawang ~hiris
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng.

Cara2:-
Blender nasi + air + udang kering + bawang putih & bawang besar hingga halus.
Masukkan tepung gandum kedlm bekas & tuangkan bahan kisar tadi,gaul sebati
Campurkan semua bhn hirisan,garam & gaul sebati
Masukkan potongan jejari ketam & udang segar.
Gaul sebati & goreng kekuningan.

*Boleh juga digantikan dgn udang geragau ataupun ikan bilis,terpulang pada citarasa masing-masing.
*Yatie menggunakan tangan yg dibasahkan dgn air untuk men=jemput cucur ini utk mendapat bentuk yg bulat2.
*Pesan Yatie lagi..boleh juga menggunakan sudu yg dicelupkan kedlm minyak panas dan jemputlah adunan cucur tadi kedalam minyak gorengan.

Campurkan sekali jejari ketam & udang...



Jemput makan...

S E L A M A T M E N C U B A.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_