.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

CUCUR UDANG




Assalamualaikum.
Jom kita tengok resepi cucur udang yg sedap ni.
Sumber :- NOR 67@SECUBIT GARAM.Thanks Nor..

Bahan :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 s/t yis mauripan
1 biji bawang besar - didadukan
Daun kucai
Taugeh
Sedikit kunyit-utk color kuning
1 s/t garam
Minyak utk menggoreng
Udang secukupnya

Cara:-
Bancuh semua bahan kecuali minyak & udang.
Perap adunan 1/2 jam
Panaskan minyak
Letak senduk dlm kuali dan panaskan
Bubuh adunan dlm senduk dan letak seekor udang (tekan2 sedikit)
(mama masukkan udang kedalam adunan sekali,udang kertas yg digoreng sebentar)
dengan minyak yg sedikit )
Masukkan dlm minyak dan goreng hingga bhg bawah tak melekat pada senduk
Goyang2 sedikit senduk supaya lekang.
Goreng hingga kekuningan
Makan dgn sos kegemaran masing-masing.


Mama cmpurkan sekali udang kedalam adunan.


Jemput makan...sedap utk hidangan berbuka puasa/minum petang.


Utk Sos Cucur Udang:-
Resepi :- Noorsafone@Storyofmama.

6 biji cili merah *
4 ulas bawang putih *
2 s/b cili kisar (cili kering)
2 s/b sos cili thai (Maggi)
2 s/b sos cili Hot n Sweet (Maggi)
Garam,gula & cuka (secukup rasa)
Air secukupnya ikut kepekatan.

Cara:-
Kisar bhn bertanda *
Campur semua bahan2 dan masak hingga kuah pekat (ikut kepekatan yg disukai )
Sesuaikan rasanya.

Campurkan 2 s/b sos cili Hot n Sweet..


S E L A M A T M E N C U B A!

Sunday, July 24, 2011

TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING

Sepinggan utk sambal yg letak je diatas terung tu.


Assalamualaikum
Resepi : Kakjee @ Dunia dari Dapur Kak Jee
Thanks Kakjeee.
Bahan:-
6 biji terung cina (kalau panjang,potong dua )mama belah empat
Cili merah & cili api (ikut pedas) mama letak cili kering-kisar
1 biji bawang besar
3ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara:-
Terung dibelah dua (kalau besar mama belah empat)
Kemudian digoreng atau bakar setengah masak (mama goreng)
Goreng menggunakan sedikit minyak sahaja.
Goreng udang hingga garing.
Tumbuk cili merah,cili api.bawang besar & bawang putih.
Tumis dalam minyak yg sama goreng udang tadi
Bila dah wangi ,masukkan terung
Tabur udang kering yang digoreng tadi & gaul rata.
Sesuaikan rasanya.

*mama tumbuk sekali udang yg telah digoreng dgn bawang2 & cili,ubahsuai sikit resepi kakjee ni

Terung cina...color ungu.
Pic Google..

Sambal yang digaul sekali dgn terung.


S E L A M A T M E N C U B A!


Wednesday, July 20, 2011

CUCUR NASI JEJARI KETAM + UDANG




Assalamualaikum.

Sumber :Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)
Terimakasih Yatie.

Bahan2:-

2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 s/b udang kering,rendam & toskan (tak letak)
1 cawan udang segar (saya tambah)
2 1/2 cawan tepung gandum
8 batang crab stick (jejari ketam)atau lebih(potong kecil )
1 biji lada besar ~ hiris (jika suka)
Daun sup & daun bawang ~hiris
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng.

Cara2:-
Blender nasi + air + udang kering + bawang putih & bawang besar hingga halus.
Masukkan tepung gandum kedlm bekas & tuangkan bahan kisar tadi,gaul sebati
Campurkan semua bhn hirisan,garam & gaul sebati
Masukkan potongan jejari ketam & udang segar.
Gaul sebati & goreng kekuningan.

*Boleh juga digantikan dgn udang geragau ataupun ikan bilis,terpulang pada citarasa masing-masing.
*Yatie menggunakan tangan yg dibasahkan dgn air untuk men=jemput cucur ini utk mendapat bentuk yg bulat2.
*Pesan Yatie lagi..boleh juga menggunakan sudu yg dicelupkan kedlm minyak panas dan jemputlah adunan cucur tadi kedalam minyak gorengan.

Campurkan sekali jejari ketam & udang...



Jemput makan...

S E L A M A T M E N C U B A.

Sunday, July 17, 2011

APAM GULA MERAH(VERSI PINK)



Assalamualaikum.
Apam ini sebenarnya apam gula merah resepi Yatie,tp diubahsuai sikit tentang gula tu,mama tak bubuh gula merah,gantikan dgn gula putih sahaja,itu je,lepas tu bubuh color.Bahan2 yg lain semuanya sama.Mama buat 1/2 adunan je (loyang 6x6)
Resepi asal : Yatiememories (SINAR KEHIDUPANKU)
Terimakasih Yatie.

Bahan2:-
Bahan A
1 cawan gula merah (mama ganti gula pasir,jadi 1 1/2 cawan gula pasir )
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan
(Masak bahan diatas & sejukkan)

Bahan B
! s/b yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 s/t gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Cara2:-
Masak bhn A hingga gula larut.
Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau hingga berbuih.
Campurkan semua bhn C kedalam mangkuk besar & masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi
Gaul sebati,masukkan bhn B.
Setelah sebati,tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 X ganda.
Lengserkan loyang dgn sedikit minyak dan tuangkan adunan kedlm loyang dan biarkan lg 10 minit
Kukus dgn api sederhana kuat selama 40 minit
Sedap dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam.

TIPS dari Yatie: Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dgn pisau tajam dgn cara spt gergaji
kedepan kebelakang supaya kuih tak kelihatan mampat.

Sebelum dikukus.
Selepas dikukus
Jemput makan........

S E L A M A T M E N C U B A.

Friday, July 15, 2011

KAMBAS (PERIA BESAR) TUMIS TAUCHU BERUDANG



Assalamualaikum.
Pernak tak dengar sayur ni...yg besar mama panggil kambas..yg kecil tu peria katak..apa2 lah.Yg pasti kedua-dua sayur ni ada sikit2 pahit.Ada petua nk menghilangkan rasa pahit tu...selepas dihiris,rendam dgn air yg di bubuh garam,lepas tu rendam dgn air biasa...Jom kita layan resepinya:-

Bahan
1 biji kambas (belah 2, dihiris )
2 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili merah *
4 ulas cili api (ikut pedas) *
1s/b ikan bilis *
1 cm belacan *
1/2 cawan udang segar (mama letak yg saiz kecil)
2 s/b tauchu
Garam (hati2 ..tauchu dh masin)
Garam & perisa (optional)

Cara2:-
Kambas dibelah 2 & dihiris
Kemudian rendam dlm air garam,tapis & rendam dgn air biasa
Tapis & toskan
Tumbuk/kisar bahan bertanda *
Tumis bhn tumbuk/kisar hingga wangi.
Masukkan udang dan kambas.Gaul sebati
Masak hingga kambas empuk
Sesuaikan rasanya.


S E L A M A T M E N C U B A!

Thursday, July 14, 2011

DAGING GORENG ALA KAPRAU



Assalamualaikum.
Daging goreng masak Kaprau..entah la mama pun tak tau apa makna kaprau tu...hanya Kakjee yg tahu..Kaprau adalah masakai thailand maknanya Daging yg digoreng menggunakan paste tomyam.Kisahnya...Kakjee order nasi Kaprau masa dia pegi makan di Ali Tom Yam Thai Restaurant diJln Datuk Keramat,lepas tu Kakjee pun cuba pulak masak dirumah...nampak kt umah kakjee resepi ni...Kakjee kata sedap....ermm...... memang sedap,tapi takde daun selasih,guna daun limau purut je...ok jugak.Sedap juga kalau dimakan dgn pulut atau lemang.Jom kita tengok resepinya.
Sumber 1:-Kakjee@Dunia Dari Dapur Kakjee Thanks Kakjee.
Sumber 2:- Nor67@Secubit Garam.Thanks Nor.

Bahan2:-

250 gram daging batang pinang (dihiris nipis) boleh juga guna ayam.
2 s/b paste tomyam (Kakjee guna Adabi)
Cili padi-diketuk2 (ikut kepedasan,resepi asal mesti pedas) mama tumbuk kasar.
2 labu bawang besar(belah lapan & ceraikan)
1 s/b kicap manis
1 s/b sos cili (Kakjee guna sos cili Thai)
Daun selasih/daun limau purut.


Cara2:-

Perap daging yg telah dihiris dgn 2 s/b tom yam paste selam 1/2 jam
Tumis 1 labu bawang besar yg telah dikerat 8.
Masukkan cili padi yg telah diketuk/ditumbuk kasar
Bila garing,masukkan daging yg telah diperap tadi dan goreng hingga daging kecut
Masukkan kicap manis dan sos cili
masukkan daun selasih/daun limau
Masukkan baki 1 labu bawang besar
Biar bawang layu & angkat.


S E L A M A T M E N C U B A!

Wednesday, July 13, 2011

KUIH KETAYAP/KUIH GULUNG



Sumber: Storyofmama.blogspot.com.
Bahan2:-

Untuk Inti:

1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah/gula melaka
2 s/b gula pasir
11/2 cawan air
1 helai daun pandan

-Masak gula merah,gula pasir & air serta daun pandan
-Biar mendidih,masukkan kelapa parut.
-Masak hingga kering.






Untuk kulit (Batter)

1 cawan tepung tepung gandum
1 cawan susu cair
1 biji telur
1/2 cawan air pandan
1 s/t marjerin
1 s/t garam
1 s/t pewarna hijau (ikut suka)

Cara2:-
-Blender semua bahan utk kulit
-Sapu sedikit minyak pada kuali leper/kuali non stick
-Bubuh sesenduk adunan & leperkan
Bubuh inti &gulungkan
Sedia utk dimakan.




Tuesday, July 12, 2011

TELUR KUKUS SRI RAMPAI


Assalamualaikum.
Selalu telur kita buat telur dadar ataupun goreng telur mata kerbau je kan,kali ni resepi dari Nor@ Secubit garam berlainan pula,dikukus..jom layan resepinya....sedap..
Resepi asal : Chef Arm @ Try Masak.
Sumber : Nor 67 @ Secubit Garam.

Bahan2:-
Mama ikut resepi Nor yg buat 1/2 dari bahan asal.

3 biji telur (mama guna 4 biji telur dpt 7 acuan kecil tu)
1 biji bawang besar - didadukan
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - hiris (mama potong dadu)
1 tangkai daun bawang + daun sup
Garam secukup rasa
1/2 s/t gula
2 s/b minyak masak
!/2 daging ayam yg dicincang ( Nor tambah)

Cara2

Masukkan semua bahan kedalam telur yg telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati
Masukkan kedalam acuan yg disukai.
Sapukan minyak pada acuan (Nor sapu butter) dan kukus.
*Nor lebihkan masa mengukus kpd 10 minit sebab ada tambahan isi ayam dalam tu..
Hidangkan panas-panas dgn nasi putih.

Sebelum dikukus.....


Selepas dikukus....


Sedap dimakan sos cili kegemaran anda..


Untuk hidangan tengahari...jemput makan

S E L A M A T M E N C U B A!

Monday, July 11, 2011

SOTONG HARUM THAI


Assalamualaikum!

Resepi asal menggunakan ayam.Mama guna sotong.sebab nk habiskan stok kt dlm fridge.
Resepi asal :- Oshin@MyResepi.
Sumber :- Nor@ Secubit Garam.Thanks Nor...share resepi ni...sedap.
Bahan2:-

(A) 1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
(semua bhn dihiris nipis)

(B) Campurkan semua bhn B jadikan sos
2 s/b sos cili
2 s/b pes tom yam
1 s/b sos tomato
2 s/b kicap cair
2 s/b kicap manis
1 biji perahan limau nipis
Daun sup (dihiris)
2 btg serai (diketuk)
4 helai daun limau purut
2 biji lada benggala (capsicum)~ potong kecil
Sedikit bunga kobis (mama tambah)~potong kecil

6 ekor sotong/isi ayam (potong kecil)
(goreng sotong/ayam sebentar utk mengeluarkan airnya.

Cara2:-
Tumis bahan A hingga wangi
Masukkan bahan B
Masukkan serai & daun limau.
Masukkan sotong/ isi ayam yg telah digoreng tadi.
Masak lebih kurang 10 minit dgn api perlahan & dikacau.
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis,daun sup& lada benggala.

**Seperti biasa K.Nor suka goreng dahulu ayam yg diperap dgn sedikit garam & serbuk kunyit.Goreng hingga masak tapi jgn garing ya.


S E L M A T M E N C U B A.

Tuesday, July 5, 2011

KERABU TAUGEH + PUCUK PAKU & KERANG



Resepi :- Noorsafone @ storyofmama.blogspot.com.

Bahan2:-

300 gram taugeh (celur sekejap)
1 ikat pucuk paku (celur sampai lembut)
1/2 kg kerang (rebus & ambil isinya)
*1 biji cili merah (ikut pedas)
* 5 biji cili api (ikut pedas)
*1 cm belacan
*1 s/b udang kering
(tumbuk /kisar bhn bertanda *)

5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
2 biji cili merah (hiris)
5 biji cili api (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 s/b kerisek.
1 tangkai daun ketumbar (hiris)
Garam & gula serta perasa (optional)

Cara2:
Celur taugeh sekejap je..jgn sampai layu sangat.
Tumbuk/kisar bahan bertanda *
Gaul taugeh,pucuk paku & bahan yg bertumbuk .
Masukkan kerang,kerisek,cili api ,cili besar & bawang besar yg dihiris.
Masukkan jus limau tadi.
Gaul sehingga rata...akhir sekali masukkan daun ketumbar.
Sesuaikan rasanya.

S E L A M A T M E N C U B A.

Thursday, June 30, 2011

PUDING MANGGA KRISTAL







ASSALAMUALAIKUM.
Teruja dgn kecantikan puding yg dibuat oleh Nor @ Secubit garam.Bahan2 pun semua ada,mangga ada lebih 3 biji kt dalam petiais,agar2 serbuk memang ada stok..apa lagi....Tapi tak guna acuan tupperware,belum beli lg...coming soon nk cari...guna acuan biasa je.Tapi minta maaf Nor,Kak Noor ubahsuai air tu sikit..Jom layan puding mangga yg sedap ni...
Tapi lain kali nk buat lg,sebab tengok Nor punya bhg puding tu tebal...cantik je.
Belajar dari kesilapan...
Terimakasih banyak2 buat penyumbang resepi:- Nor67@Secubit Garam.

Bahan2:-
Lapisan berkaca (atas)

5 gram serbuk agar2
600 ml air (K.Noor/mama guna 550ml je)
5 s/b gula pasir
buah mangga (potong kiub)

Lapisan bawah (puding)

5 gram serbuk agar2
500 ml air (K.Noor/mama letak 450 ml je)
1/2 cawan susu cair
5 s/b gula pasir (ikut manis mangga)
120 ml puree mangga (K Noor blender buah mangga tu)

Cara2
LAPISAN BERKACA (ATAS)

Masak air bersama serbuk agar2 dan masukkan gula
Masak lagi hingga mendidih.Padamkan api.Ketepikan.

LAPISAN PUDING (BAWAH)

Masak air bersama agar2 hingga larut dan masukkan gula
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair
Bila adunan puding hampir mendidih,padamkan api dan masukkan puree mangga

UNTUK MEMBUAT PUDING MANGGA KRISTAL:

Basahkan mould g akan digunakan dgn sedikit air.
Tuangkan adunan atas (berkaca) kedalamnya dan tabur potongan mangga.
Biarkan bahagian atas mengeras.
Cucuk sedikit dgn garfu
Tuang kan adunan puding dgn perlahan hingga habis.
Biarkan sejuk seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm petiais.




S E L A M A T M E N C U B A.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_