.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 21, 2012

KUIH BAKAR PANDAN



Assalamualaikum!
Resepi asal :Myr Joayee
Sumber: CHE CT DELIMA

Bahan-bahan:- (utk hidangan 6 org)

1 cawan gula
1 cawan jus pandan(atau air+ pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1can santan-450 ml)
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 s/t garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara:-

Campurkan semua bhn & blender sampai sebati.
Masukkan butter/minyak kedalam loyang
Panaskan loyang dlm oven.Tuang adunan kuih tadi
Tabur bijan.
Bakar 180'C sampai garing/brown selama 50 minit/garing
Lebihkan masa membakar utk mendapatkan keras bhg atasnya.



SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, February 16, 2012

ASAM PEDAS TERUBUK "MAMA STYLE"



Dah lama tak masak? Bukan tak masak..tp masak biasa2 je...tak ada yg speacial..so hari ni mama nk kongsikan masak asam pedas resepi arwah mak mama dulu-dulu.. juga utk rujukan tiga orang puteri mama nanti......jom tengok resepinya..

Bahan2

1 ekor ikan terubuk (ikan lain pun boleh)
4 s/b cili kisar (ikut pedas)
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 cm belacan *(optional)
Asam jawa seckupnya (bancuh dgn air)
Daun kesum/bunga kantan
Kacang bendi secukupnya.Boleh juga tomato/terung.
Cara2:-

Blender bhn2 bertanda *
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak/naik bau
Masukkan air asam jawa & daun kesum/bunga kantan secukupnya.Biar mendidih sebentar
Masukkan ikan & kacang bendi.
Sesuaikan asam garamnya.





Thursday, February 9, 2012

"FEBUARY 2012 GIVEAWAY-MY 30TH BIRTHDAY"

Nk join? Klik SINI.
Tarikh tutup: 29 Feb 2012
Hadiah: Hamper barangan tupperware

Tahniah sempena pembukaan blog & Happy Birthday yg ke30 tahun GEEZ.
Semoga tercapai segala yg diinginkan dalam hidup ini.




Impian saya semoga berjaya dalam hidup ini,berbahagia juga bersama keluarga tersayang & dilimpahkan dgn rezeki yg berpanjangan selamanya.AMIN

Tag
Dj Dayang Jack (Dapurku Sayang)
Ros (sinaran Menu)

Monday, January 30, 2012

HAPPY BIRTHDAY" STORY OF MAMA "

ASSALAMUALAIKUM!

Himpunan/koleksi resepi disimpan didalam buku STORY OF MAMA.
Cover book sponsor by Ezloveycraft..Thanks Ezy.

Alhamdulillah STORY OF MAMA genap setahun..
Terima kasih yg tak terhingga buat kawan-kawan blogger masakan,followers,silent reader dan pengunjung yg sudi singgah ke Story of Mama...tanpa kalian siapalah story of mama.Anda lah penguat semangat mama utk terus berblogging.Selama setahun juga seramai STORY OF MAMA mempunyai pengikut seramai 895 org...syukur kehadrat ilahi.Walaupun dh lama menyepi..busy sikit..insyaallah lepas ini akan terus menulis lagi...tunggu ya bila semuanya kerja2 dh disiapkan..

Maaf andai kata selama kita bersahabat dialam maya terdapat tulisan mama yg menyinggung mana2 pihak,mengguris perasaan,maaf dipohonkan.Mama hanyalah manusia biasa yg dijadikan sebagai hambanya yg lemah.Semoga persahabatan alam maya kita akan terus berkekalan & sentiasa dirahmati allah selamanya..AMIN

Buat ketiga-tiga puteri kesayangan Noor Eizie Eizyanie,NoorSyaheera & Nur Emylieyana Bt Mohamad Safuan..Terima kasih buat kalian semua atas semua tunjuk ajar dan buat darling tersayang Mohamad Safuan bin Sariman
terima kasih kerana memahami...selama mama berblogging...Mama sayang kalian semua..

Monday, December 19, 2011

AISKRIM GORENG




Assalamualaikum..lama dh tak bersiaran...bukan apa..sibuk sikit....hehe.Jom kita layan desert yg senang dibuat & sedap bila dimakan.

Sumber resepi 1:Lina (Teratak Mutiara Kasih)

Sumber 11 Naz ( cute oven,small kitchen)
(Terima kasih semua share resepi)

Bahan2:-
(utk 5 biji aiskrim goreng)

10 keping roti
5 scoop aiskrim (apa-apa perisa)
Plastik penyimpanan
Acuan utk menerap roti (cawan plastik atau apa2 yg boleh dijadikan penerap)
Minyak masak utk menggoreng

Cara2:-

Letak sekeping roti atas pinggan
Letakkan satu scoop aiskrim ditengah2 roti
Ambil sekeping lagi dan tutup diatas roti yg pertama tadi
Gunakan acuan utk menerap hingga terputus bhg tepi roti
Kelim/kepit bhg tepi roti supaya tidak terbuka
Simpam dalam plastik utk penyimpanan selam 3 jan atau semalaman
Panaskan minyak dan goreng
Terbalikkan agar masak sekata
Proses menggoreng sekejap sahaja (kurang dari 1 minit)
Angkat & sedia utk dinikmati.

Letakkan 1 scoop aiskrim diatas sekeping roti.


Tutup dgn sekeping roti lagi

Potong dgn pisau /pemotong agar2 dibhg tepi roti


Kelim/kepit kan bhg tepi agar tidak terbuka nanti...

Simpam utk difrozenkan
Selepas digoreng.

S E L A M A T M E N C U B A!!!

Monday, November 21, 2011

GULAI KETAM + NENAS


Assalamualaikum!
Bertemu kembali....lauk ringkas je hari ini...jom tengok resepinya...

Bahan:-

5 ekor ketam bunga
4 cawan santan pekat + sedikit air
1 1/2 inci kunyit
10 biji cili padi (ikut pedas)
1 batang serai (diketuk)
1 biji nenas

Cara:-
Nenas dipotong kecil dan dicelur sekejap
Tumbuk cili padi & kunyit
Masukkan santan, ketam dan nenas tadi
Masak hingga kuah mendidih
Sesuaikan rasanya..



Menu sampingan ~ Pucuk paku goreng belacan.


S E L A M A T M E N C U B A!!!

Thursday, November 10, 2011

KUIH SERIMUKA



Assalamualaikum!
Dulu2 mama dah pernah buat kuih ni..tp ada je yg tak kena..bahagian atasnya terlembik lah,terkeraslah..Bila jalan2 kat umah kawan2 terjumpa pulak resepi kuih serimuka yg ni..mengikut citarasa mama.Terimakasih pada KAKCHU@Resepi Ibu kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni.

Bahan2-
Lapisan bawah

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam
(santan ikut paras pulut (lebihkan sikit) kemudian kukus 25 minit)

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastard
2 s/b tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan
2 cawan santan
Cara2-
Sebatikan semua bahan lapisan atas(mama blender je)

Ikut suka masing nak buat dalam loyang atau acuan kecil,sapu sedikit minyak pada loyang /acuan kecil
Tekan pulut kedalam loyang/acuan sehingga padat dan rata.
Tuangkan adunan tepung
Kukus selama 15 minit atau hingga masak (lebihkan masa mengukus jika menggunakan loyang)
Sejukkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_