.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 18, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Ramai kawan2 masak dh buat kek ni,mama je yg ketinggalan ,teringin juga nk buat...Resepi ini mama kongsi dari Pn Mastura Yasak (Kongsi Resepi FB),terdapat juga dirumah Tun.(http://rabiatunsweettouch.blogspot.com.)Thanks kawan2...mama share ye..

Bahan2:-
5 biji telur
250 gram butter/11/2 cawan planta
2 1/2 cawan tepung gandum
1 s/t baking powder (mama letak 2 s/t b.powder)
2 cawan gula halus (mama letak 1 1/2 cwn je)
1/2 cawan susu cair 
1 s/t vanila (boleh guna perisa lain)
Serbuk koko secukupnya
Pewarna ( ikut suka)
Tapis teh yg halus-utk ayak serbuk koko

Cara:-
Pukul butter dan gula halus hingga kembang (mama pukul lebih kurang 10 minit)
Masukkan telur satu persatu,pukul lagi hingga kembang.
Masukkan vanila,susu cair,gaul sebati & masukkan tepung sedikit-sedikit
Bahagi adunan kpd 3 bahagian (kuning,hijau dan oren)
Gris loyang & tabur sedikit tepung
Masukkan adunan color hijau
Ayak serbuk koko menutupi lapisan hijau,ratakan perlahan(jgn sampai serbuk koko dilapisan pertama terangkat)
Ayak pula serbuk koko dilapisan kedua(oren)
Begitulah seterusnya....hingga adunan habis
Bakar 45 minit..170 C(ikut oven masing2)

NOTA:
Utk membuat lapisan keler2 tu  biar tebal sbb bila kita melapis& meratakan adunan tersebut,serbuk koko tak akan terangkat sama.Tapi bila adunan yg nk kita lapiskan itu agak nipis sedikit,bila nk meratakan adunan,serbuk koko akan tertarik sama,nanti corak tak akan jd cantik.
 YANG MAMA BUAT:-
KUNING-vanila flavour
OREN- strawberry
HIJAU-pandan paste

 Mama buat 3 color (kuning,oren & hijau)
 Ayak serbuk koko hingga menutupi lapisan.

 Baru keluar dari oven..bakar 45 minit.
 Mama puashati dgn ALUNAN KASIHnya..cantik(puji sendiri)

Setelah dipotong

Untuk minum petang sekeluarga.
SEDAP.LEMBUT & GEBU

Tuesday, May 17, 2011

KUIH CARA MANIS

Lama dh tak buat kuih ni,teringin nk makan..buat ptg semalam.

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan + 1 cawan air pandan
1 biji telur
1 s/t pewarna hijau
Gula pasir secukupnya

Cara2
Blender semua bahan...senang je..
Panaskan acuan,sapu minyak sedikit..tuang adunan,masukkan sesudu gula pasir.
Tutup acuan dgn tutup periuk atau apa2 tutup pun boleh.
Tunggu sehingga masak & angkat.

 (Mama ada acuan kecil je,nanti nk beli yg besar pulak)

Nk iklan jap,bekas2 tepung dan bahan2 lain utk membuat kuih

Monday, May 16, 2011

MASAK LEMAK CEKUR (IKAN)

 (Mama guna ikan kembung)

Resepi ni selalu mama makan masa balik kg cik abang.MIL mama selalu masak resepi ni...tapi guna ikan keli...kegemaran anak2 & cik abang,mama tak mkn ikan keli,jadi mama ganti dengan ikan kembong...sedap juga..Mama jumpa resepi ni kt blog kawan kita 4fn1mf-family...terima kasih ibu (Noor zakiah Abdulah)
Sori ibu..mama dah ubahsuai sikit ya...

Bahan2 :-

5 ekor ikan/1/2 ekor ayam (panggang)..mama goring je
2 cawan santan
2 keping asam keping
Daun cekur (hiris halus)

Bahan kisar:-

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (hijau-ikut pedas)
sedikit ubi cekur
sedikit belacan
garam & gula

(Inilah rupa cekur,isinya berwarna putih,kecil2)
Ihsan google,mama belum tanam lagi

CARA2:-
-Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak hingga wangi
-Masukkan santan pekat & kacau sebati
-Masukkan asam keping
-Masukkan ayam/ikan serta daun cekur
-Biarkan mendidih
-Sesuaikan rasanya

Siap utk hidangan tengahari.

Sunday, May 15, 2011

KEK OREN BLENDED



Sumber : Mokwonik.blogspot.com
Thank you mokwo.

Bahan2:-

1 biji limau (mama guna 2 biji,sebiji blender,sebiji,ambil kulit luar & hiris halus)
1 cawan minyak (mama letak 1/2 cwn butter cair + 1/2 cwn minyak
2 cawan gula halus ( mama letak 1 cwn je)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 s/b baking powder
1 s/b oren sunquick (mama tambah)
1 s/t vanila



Cara2

-Ayak tepung + baking powder
-Cuci buah limau,buang biji & potong urat putih ditengah
-Potong kecil2 dan blender bersama telur,minyak & gula halus
-Masukkan dlm mangkuk dan masukkan tepung sedikit2
-Tuang adunan kedlm loyang yg digris
-Bakar pada suhu 170c (40-50 minit)
(Mama guna papercup & masukkan kedlm muffin tray & bakar selama 20-25 minit.)


Thursday, May 12, 2011

KEK COKLAT KUKUS


Bahan2:

(A)
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan mentega cair/minyak sayur
1/2 cawan susu pekat manis
(Masak bahan A hingga gula larut & semua sebati dgn api perlahan)

(B)
11/4 cawan tepung gandum
1s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
(Ayak bahan B)

(C)
3 biji telur

Cara2:-
-Pukul telur hingga kembang
-Masukkan bahan A.Gaul sebati
-Masukkan bahan B
-Masukkan dalam papercup yg dilapik dgn acuan lompang(papercup saiz sederhana)
-Kukus 30 minit.

Bahan A yg telah dimasak
Yang telah siap dikukus

 SELAMAT MENCUBA

KUIH KASWI

(Kuih yg dah digolekkan dgn kelapa parut)
 Assalamualaikum..
Mama memang suka sangat dgn kuih ini..sesuai utk minum petang ataupun sarapan pagi..sedap bila digolekkan dgn kelapa parut yg dibubuh sedikit garam...manis,lemak (kelapa parut) & masin2 gitu..erm lembut dan kenyal bila digigit..Terimakasih pada tuan punya resepi...YATIMEMORIES. http://yatiememories.blogspot.com/

(Mama buat 1/2 adunan je)
Memang sedap resepi Yatie ni,rugi kalau tak cuba...kuihnya lembut..kenyal2 gitu.
 Bahan-bahan :

* 1 cawan gula
* 1 cawan gula merah
* 5 cawan air
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung ubi
* 1/2 cawan tepung beras (saya tambah 2 s/b lagi)
* sedikit garam
* 3 sudu besar air kapur
* 1 sudu besar coklat paste (utk kuih nmpk gelap)
* Daun pandan
* Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
* Kelapa parut + garam

Cara-cara :
  1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan.Ayak semua tepung.
  3. Tambahkan selebih 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur.Masukkan coklat paste.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair.
  11. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  12. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  13. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama.
SELAMAT MENCUBA

Monday, May 9, 2011

KUIH LOPES

 Mama buat satu adunan,cukup utk minum ptg sekeluarga

 BAHAN2:-

2 cawan beras pulut (rendam 3 jam + 1 atau 2 titik pewarna hijau + 1 s/t air kapur)
1 cawan santan + 1/2 cawan air pandan
1 s/t garam
1 titik pewarna hijau
Cara2
Masukkan pulut kedalam loyang
Masukkan santan & air pandan (ikut paras pulut & lebihkan sedikit sahaja.
Kukus 25-30 minit & sejukkan

Pulut yg siap dikukus & sejukkan

(mama guna measuring cup utk bentukkan.pastu golekkan kat kelapa parut)

Utk air gula
1 cawan gula merah/gula melaka
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
2 cawan air
(Masak hingga gula larut & pekat)

1 biji kelapa parut(putih)
1 s/t garam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_