.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 7, 2011

HAPPY MOTHERS DAY



HAPPY MOTHERS DAY untk semua PENGUNJUNG & FOLLOWER (STORYOFMAMA) yg bergelar ibu,mama,umi,mummy & mak.Sila ambil hand bag yg cantik ini dari mama ok..sudi2kan lah,jgn malu2 ya..


Friday, May 6, 2011

PUDING BALQIS






Ramai kawan2 dh buat puding ni..pergi umah kawan2 semua dh buat...tak boleh jadi ni..nk buat juga..
Terima kasih NOR @ SECUBIT GARAM.

BAHAN2:-
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.


 (nak bawa ke kelas masak)

Thursday, May 5, 2011

HAPPY MOTHERS DAY

Assalamualaikum..
Mama dapat sesuatu lg dari teman blogger.Kali ini dari Puan Ros...cake yg sangat cantik deconya & sgt sedap dgn topping yg berkilat2.Terima Kasih banyak2 Ros.Selamat hari Ibu juga buat Ros yg menjadi "IBU"di Tadika Sinaran Intelek.Kepada kawan2 yg bergelar ibu,mama,mummy,umi & mak diucapkan Happy Mothers Day juga.Pengorbanan yg terlalu besar dlm mendidik anak2 supaya menjadi insan yg berguna.


Terimakasih sekali lg buat Ros http://sinaranmenu.blogspot.com
 ,mama terharu atas ingatan ini.Semoga pesahabatan dialam maya kita akan berterusan dan berkekalan hendaknya...

GOLD CARD DARI CT DELIMA

Assalamualaikum..
Dah lama CT bg gold card ni,suruh mama shopping...sakan kalau ada gold card ni..Sorilah Ct br hari ini dpt amik.Terima kasih banyak2 ya CT...yg tak jemu2 berkongsi resepi dgn kawan2 semua.

Gold Card dari CT http://taman-syurga-abadi.blogspot.com/ yg menghargai semua followernya yg mencecah 773 setakat ini...termasuklah mama...Tak jemu berkunjung kerumah CT ni...resepi2 terkini & gambar yg dihasilkan sunggah menarik..Tahniah CT.
Semoga persahabatan dialam maya ini akan berterusan dan berkekalan hendaknya.Terimakasih sekali lg..


Wednesday, May 4, 2011

PUDING ROTI PELANGI



BAHAN2:

(A)
1 peket agar-agar (37.5 gram)
11/2 cawan gula pasir
6 cawan air

(B)
2 biji telur
1 tin susu cair/2 cawan santan.
3 s/b susu pekat manis
3 keping roti
2 sudu besar sunquick oren
1 s/t vanilla
Pewarna pink,hijau & kuning

Mama tak guna susu cair(stok habis) mama guna
santan kotak (2 Cawan)

CARA2:-

-Masak bahan (A) hingga mendidih.
-Masak agar2 hingga mendidih,kemudian masukkan gula.
-Kisar bahan (B) kecuali pewarna.
-Tuang kedalam agar2 yg mendidih tadi.kacau sebati
-Angkat dan bahagi kpd 3 bahagian.
-Warnakan (warna pilihan)mama guna pink,hijau & kuning.
-Tuang berselang kedalam loyang.
-Sejukkan barulah dipotong.

 Bahagi kpd 3 warna..pink kuning & hijau
 Siap dituang kedalam loyang.
(PUDING ROTI INI MAMA BELAJAR DARI KELAS KEMAS)

Setelah disejukkan & dipotong..mama nk bawa pergi kenduri.

SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, May 3, 2011

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

ASSALAMUALAIKUM

Bila baca tajuk,nanti ada yg ingat mama nak ajak berkempen pilak,buka itu maksudnya..
Nak cerita tentang sikap segelintir manusia yg tak tahu berbudi bahasa dan hormat diantara satu sama lain.
Ahad lapas (Cuti Hari Pekerja) mama,papa,angah dan yg bongsu adik nana pegi Sban...nak cari barang utk angah sebagai persiapan utk sambung belajar.Setelah selesai shopping di Parkson,kami pun bergerak menuju ke Jaya Jusco ...Dalam perjalanan,hujan turun renyai-renyai.Tiba disatu lampu isyarat,kereta kami pun berhenti..tiba2 seperti bunyi lori yg terlanggar lubang...mama pun menoleh kesebelah papa (memandu).sebuah motosikal dh terjatuh didepan kereta kami,penunggangnya tidak kelihatan pulak.
Tiba-tiba anak mama yg kecik si Nana kata"papa pegilah tolong kakak tu jatuh " rupa2nya gadis remaja tu menunggang berdua,mama pun tak tahulah macamane gadis remaja tu boleh jatuh,alih2 dah terbaring dibelakang kereta sebelah kanan mama,disini lah bermula episod yg tak berbudi bahasa tadi.
kereta sebelah kanan mama tu..kereta alza color putih,plat nombor pun baru lagi...kereta baru lah katakan
maka keluar lah wanita dari kereta Alza tu (lingkungan umur 30an)lalu berkata "APA MASAALAH KAU NI" pada sigadis remaja yg tengah menahan kesakitan akibat luka2 ditangan.. Apa lagi mama pun hilang lah tahap kesabaran lalu berkata"dia ni bukan saja2 nak jatuh tau tak,bertimbang rasa lah sikit,bukan nk tolong,lagi nak marah2,padahal kereta Alza dia tu tak calar/kemek pun...nak tau wanita tu jawab apa??? bila mama dah cakap macamtu "Saya risau kan keselamatan dia ni"alasan yg tak munasabah betul..."
"Kalau dah risau...jgn lah marah2 macam ni...mama sampuk....nk tau dia jawab apa..."dah ko jalan"Ok
mama pun meninggalkan lokasi tersebut...sampai hari ini bila terkenangkan kisah tu,mama terfikir...kenapalah benda yang kecil macam tu tak boleh nak bawa berbincang,itu baru jatuh tepi kereta dia je...dah marah2 macam tu...kalau kereta dia kemek,,tak taulah apa yg akan terjadi agaknya...hai entah lah...sama2lah kita renung-renungkan...Assalamualaikum.

Monday, May 2, 2011

AWARD DARI SAZA HAIZA

Assalamualaikum
Award ni rasanya tak terlambat utk mama gantung kan...busy la sangat...br dpt gantung,sori ya Saza...
Kalau kawan2 nk kan petua..lawat lah blog Saza ni ya http://sazahaiza-resepi.blogspot.com/..Thanks Saza,semoga persahabatan alam maya kita
akan terus berkekalan hendaknya ya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_