.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 19, 2011

CEKODOK/CUCUR SARDIN

Nk buat apa utk mlm ni ya....kalau buat cekodok sedap gak,sbb mama mmg tak mkn nasi waktu malam,tghari pun sama tak amik nasi,ptg br mkn nasi..mlm td rasa lapar la pulak,jd bancuhlah cekodok ni,cicah dgn sos thai
ermm,pas tu buat air nescafe panas,cuaca hujan pulak tu......Nk share resepi ?  jom....
Thanks kpd tuanpunya resepi:-
.Terimakasih Cik Pnut...memang sedap...

Bahan;-
1 tin sardin (kalau ahli ramai besar,klu tak kecil pun cukup)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung  naik sendiri
1 biji bawang besar
2 biji ubi kentang
1 s/t garam

Bhn2 sayur (tak letak pun takpe)
-carrot (dadu/sagat mcm buat popia)
-Daun bawang/kucai (saya tambah)
-Cili merah (dadu kecil)

Cara:-

-Bawang dipotong dadu
-Ubi kentang (dadu mcm buat inti karipap & rebus)
-Ikan sardin pecahkan kasar-kasar,masukkan sos sardin sekali
_Bancuh semua bhn dgn sedikit air(mcm cekodok biasa)
 (masuk sardin sekali,bila pecah kasar,bila mkn terasa sardinnya)
-Goreng hingga kekuningan.
Nota:- Kalau takde tepung naik sendiri,guna tepung gandum  pun bole,campur dgn 1s/t b.powder
Tapi guna tepung naik sendiri lebih lembut dan sodapp(mama guna tepung naik sendiri)

S E L A M A T   M E N C U B A.


 Bhn2 yg diperlukan.
 Ubi kentang yg sudah direbus
 Bancuhan yg sedia utk digoreng
 Sedia utk dimakan
 Sedap dicicah dgn sos pilihan anda.






Sunday, April 17, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI




Bahan:-

400 gram udang segar
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
4 s/b cili kisar (ikut pedas)
1 ikat petai
1/2 cawan air asam jawa
1-2 biji bawang besar (hiris)
1 cm belacan *

Cara:-

-Kisar/tumbuk bhn bertanda *
-Tumis bahan kisar sehingga garing
-Masukkan cili kisar
-Masukkan udang,garam & gula
-Masukkan petai
-Masukkan air asam jawa
-Masukkan bawang besar (hiris)
-Biar kuah pekat sedikit
-Sesuaikan rasanya.
-Sedia utk dihidangkan.


GULAI IKAN & TEMPE


Tak payah tulis resepi lah ya...dh ada kat N3 yg lepas2...



Friday, April 15, 2011

A LITTLE SOMETHING FROM KAK JEE

Award lagi...suka sangat2.Kali ini dari Kak Jee @ Dapur Kak Jee,yg menghargai  follower dan pengunjung keblog beliau.Mama bangga dpt penghargaan dari insan sehebat kak Jee yg terkenal suatu ketika dulu.Sudi singgah ke blog storyofmama yg br setahun jagung ini.Cantik kad ni..tahniah buat designer kad tersebut.
Semoga persahabatan kita terus berkekalan.Kak jee dan semua kawan2 mama adalah sumber inspirasi 
buat mama.TERIMA KASIH.Love U Kak JEE.

Thursday, April 14, 2011

APAM COMEL [APAM DOT-DOT]

Bila singgah kerumah rakan-rakan blogger..rata2 ramai yg dh buat apam ni....mama pun rasa teruja juga nk
membuatnya..Akhirnya.....inilah hasilnya..

BAHAN:-

3 biji telur (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (mama kurangkan 160 gm je)
150 gm susu segar(mama guna susu cair)
1 s/t ovalet
1 s/t vanilla
Filling blueberry,serikaya,strawberry secukupnya.
Pewarna yg disukai.

CARA:-




-Masukkan semua bhn apam kedlm mixer dan putar dgn medium speed selama 6-8 minit.
-Bahagikan kpd 2 bahagian atau lebih.
-Masukkan kedlm piping bag atau plastik yg bersih
-Picitka 1/2 adunan kedlm papercup yg disusun didlm acuan kuih lompang.
-Picitkan inti blueberry
-Masukkan 1/2 adunan lg sehingga agak2 penuh papercup tu.
-Dot-dotkan diatasnya dgn warna pilihan.
-Kukus 10-15 minit
*  Balut penutup kukus dgn kain utk mengelakkan air wap dari menitis pd kuih dan jgn buka api besar,
    guna api sederhana shj...nanti apam akan merekah..tak cantik.






TERIMA KASIH KPD: (HANA'S FAMILY)kerana berkongsi resepi..Thanks Hana.

Wednesday, April 13, 2011

AWARD DARI HOT MAMA WANNABE!!

Musim gantung award la pulak...sori ya kawan2..t masuk n3 resepi balik ya...dh ada yg nk bg..ambil je la..
Award dari Alycia (Hot Mama Wannabee!!)Terima kasih banyak2 Alycia.Semoga diberi kekuatan dan semangat utk terus berblogging..Semoga persahabatan dialam maya akan berterusan dan berkekalan.AMIN.
Sama2 kita support antara satu sama lain ok..Salam Sayang dari mama Noor.

Tuesday, April 12, 2011

POSKAD DARI NIEZA [FINLAND]

Tahniah Nieza...sempena ulangtahun pertama "Our Journey Begins"
Jutaan terima kasih atas pemberian poskad ini.Semoga diberi lagi kekuatan dan semangat utk terus menulis
dan berkongsi ilmu dan pengalaman hidup dirantauan.Harapan Mama Noor juga semoga "Our Journey Begins"
terus melangkah kehadapan.Seronok berkenalan dgn Nieza dialam maya ini.Harapan agar persahabatan kita
akan terus berterusan dan berkekalan .SAYANG NIEZA...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_