.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 7, 2012

HOMEMADE POPCORN


 
Kembali bersiaran...setelah lama menyepi.Senang rupanya nk buat popcorn ni,boleh guna kuali yg bertutup je..mama guna kuali Tupperchef yg serbaguna tu..utk keterangan lanjut klik SINI.Jom kita buat popcorn sendiri..lebih murah..lebih jimat.


Bahan-bahan:-

1 cawan jagung popcorn
3/4 cwn minyak masak
3 s/b marjerin

Cara:-
Panaskan minyak masak
Masukkan marjerin
Masukkan jagung popcorn.
Tutup kuali.
Biar semua jagung kembang (bila habis bunyi pop)
Buka tutup,angkat & sejukkan.

UTK KARAMEL

1 cawan gula pasir
2 s/b madu (optional)
2 s/b marjerin

Cara:-
Cairkan gula hingga perang (jgn sampai hitam,nanti pahit)
Masukkan marjerin.
Gaul rata & sejukkan.
Masukkan pop corn,gaul rata & sedia dimakan.

Panaskan minyak & masukkan marjerin.

  
 Sebelum di gaul dgn karamel....

Yummy....


S E L A M A T    M E N C U B A!!!!

Thursday, March 15, 2012

KUIH TAKO


Kuih tako...antara kuih yg menduduki carta tertinggi ketika bulan puasa dibazar ramadan.Jom kita semak resepinya.

Sumber STORY OF MAMA.BLOGSPOT.COM.
Bahan-bahan:-

Lapisan bawah (hijau)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan air
1 s/t pewarna hijau

Lapisan atas (putih)
!/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/t garam

Cara2:-
LAPISAN BAWAH.
Campurkan semua bhn utk lapisan bawah.
Kacau atas api hingga masak & berkilat.
Tuang dlm acuan kotak daun pandan (1/2 sahaja)
Sejukkan dan biar beku sekejap.

LAPISAN ATAS.
Campur semua bhn & kacau atas api sampai pekat dan masak.
Kacau selalu supaya tidak bergentel.
Tuang atas lapisan bawah tadi sehingga menutupi kotak pandan.
Sejukkan & simpan dlm petisejuk.

UTK MEMBUAT KOTAK TAKO KLIK SINI
Terimakasih banyak2 ILAH JY kerana berkongsi ilmu..silalah singgah keblog beliau utk lebih banyak resepi menarik.(Resepi Sumbangan Jy)




Tuang adunan lapisan bawah (hijau)...



Nyum..nyum

S E L M A T M E N C U B A!!!

Wednesday, February 29, 2012

AYAM DENDENG PANDAN



Resepi ayam yg sgt sedap...Enak dimakan dgn nasi putih.pulut.lemang ataupun nasi impit.
Sumber : Yatiememories (Ayam)
Sumber : Mas Duniaku & Ummi Home Sweet Home (Daging)
Terima kasih semua...Yatie..K.Noor copy paste ya..

Bahan:-Bahan.
  • 1 ekor ayam
  • sedikit kunyit serbuk dan garam utk goreng ayam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1-2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bwng besar (Yatie tambah)
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Ayam di potong 12, cuci bersih dan toskan. Gaul dngn sedikit garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  5. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan ayam dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga ayam benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  7. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi ayam.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, February 21, 2012

KUIH BAKAR PANDAN



Assalamualaikum!
Resepi asal :Myr Joayee
Sumber: CHE CT DELIMA

Bahan-bahan:- (utk hidangan 6 org)

1 cawan gula
1 cawan jus pandan(atau air+ pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1can santan-450 ml)
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 s/t garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara:-

Campurkan semua bhn & blender sampai sebati.
Masukkan butter/minyak kedalam loyang
Panaskan loyang dlm oven.Tuang adunan kuih tadi
Tabur bijan.
Bakar 180'C sampai garing/brown selama 50 minit/garing
Lebihkan masa membakar utk mendapatkan keras bhg atasnya.



SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, February 16, 2012

ASAM PEDAS TERUBUK "MAMA STYLE"



Dah lama tak masak? Bukan tak masak..tp masak biasa2 je...tak ada yg speacial..so hari ni mama nk kongsikan masak asam pedas resepi arwah mak mama dulu-dulu.. juga utk rujukan tiga orang puteri mama nanti......jom tengok resepinya..

Bahan2

1 ekor ikan terubuk (ikan lain pun boleh)
4 s/b cili kisar (ikut pedas)
2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 cm belacan *(optional)
Asam jawa seckupnya (bancuh dgn air)
Daun kesum/bunga kantan
Kacang bendi secukupnya.Boleh juga tomato/terung.
Cara2:-

Blender bhn2 bertanda *
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak/naik bau
Masukkan air asam jawa & daun kesum/bunga kantan secukupnya.Biar mendidih sebentar
Masukkan ikan & kacang bendi.
Sesuaikan asam garamnya.





Thursday, February 9, 2012

"FEBUARY 2012 GIVEAWAY-MY 30TH BIRTHDAY"

Nk join? Klik SINI.
Tarikh tutup: 29 Feb 2012
Hadiah: Hamper barangan tupperware

Tahniah sempena pembukaan blog & Happy Birthday yg ke30 tahun GEEZ.
Semoga tercapai segala yg diinginkan dalam hidup ini.




Impian saya semoga berjaya dalam hidup ini,berbahagia juga bersama keluarga tersayang & dilimpahkan dgn rezeki yg berpanjangan selamanya.AMIN

Tag
Dj Dayang Jack (Dapurku Sayang)
Ros (sinaran Menu)

Monday, January 30, 2012

HAPPY BIRTHDAY" STORY OF MAMA "

ASSALAMUALAIKUM!

Himpunan/koleksi resepi disimpan didalam buku STORY OF MAMA.
Cover book sponsor by Ezloveycraft..Thanks Ezy.

Alhamdulillah STORY OF MAMA genap setahun..
Terima kasih yg tak terhingga buat kawan-kawan blogger masakan,followers,silent reader dan pengunjung yg sudi singgah ke Story of Mama...tanpa kalian siapalah story of mama.Anda lah penguat semangat mama utk terus berblogging.Selama setahun juga seramai STORY OF MAMA mempunyai pengikut seramai 895 org...syukur kehadrat ilahi.Walaupun dh lama menyepi..busy sikit..insyaallah lepas ini akan terus menulis lagi...tunggu ya bila semuanya kerja2 dh disiapkan..

Maaf andai kata selama kita bersahabat dialam maya terdapat tulisan mama yg menyinggung mana2 pihak,mengguris perasaan,maaf dipohonkan.Mama hanyalah manusia biasa yg dijadikan sebagai hambanya yg lemah.Semoga persahabatan alam maya kita akan terus berkekalan & sentiasa dirahmati allah selamanya..AMIN

Buat ketiga-tiga puteri kesayangan Noor Eizie Eizyanie,NoorSyaheera & Nur Emylieyana Bt Mohamad Safuan..Terima kasih buat kalian semua atas semua tunjuk ajar dan buat darling tersayang Mohamad Safuan bin Sariman
terima kasih kerana memahami...selama mama berblogging...Mama sayang kalian semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_