Kali ni,saya nak kongsikan lagi 1 resepi yang saya selalu buat bersama anak-anak.Cookies nih sedap juga la.Sebelum saya tunjukkan resepinya,biar saya sajikan gambar-gambar untuk tatapan pembaca sekalian.
Ok.Jom semua salin resepi yang dah saya sediakan ini
BAHAN A
125 gm butter
150 gm gula perang
BAHAN B
1 biji telur ayam
1 s/t esen vanila
BAHAN C(diayak)
200 gm tepung gandum
1/2 s/t soda bikarbonat
BAHAN D
2 s/m serbuk koko
40 gm chocolate chips
50 gm badam cincang
cara membuatnya :-
-pukul bahan A sehingga kembang
-masukkan bahan B dan diadunkan bersama dengan bahan A
-masukkan bahan C dan D
-gaulkan sehingg sebati
-sudukan diatas tray mengikut saiz yg anda ingini(pastiakn tray disapukan butter terlebih dahulu)
-bakar sehingga 30 minit pada suhu 180 darjah celcius
*setakat yang saya telah buat ni,cookies ini sangat rangup untuk dimakan.yummmmm..crunchy!
SELAMAT MENCUBA!
crap~
ReplyDeletesedap3
ehe ;p