.

Happy family

Followers

love...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 21, 2011

GULAI KETAM + NENAS


Assalamualaikum!
Bertemu kembali....lauk ringkas je hari ini...jom tengok resepinya...

Bahan:-

5 ekor ketam bunga
4 cawan santan pekat + sedikit air
1 1/2 inci kunyit
10 biji cili padi (ikut pedas)
1 batang serai (diketuk)
1 biji nenas

Cara:-
Nenas dipotong kecil dan dicelur sekejap
Tumbuk cili padi & kunyit
Masukkan santan, ketam dan nenas tadi
Masak hingga kuah mendidih
Sesuaikan rasanya..



Menu sampingan ~ Pucuk paku goreng belacan.


S E L A M A T M E N C U B A!!!

Thursday, November 10, 2011

KUIH SERIMUKA



Assalamualaikum!
Dulu2 mama dah pernah buat kuih ni..tp ada je yg tak kena..bahagian atasnya terlembik lah,terkeraslah..Bila jalan2 kat umah kawan2 terjumpa pulak resepi kuih serimuka yg ni..mengikut citarasa mama.Terimakasih pada KAKCHU@Resepi Ibu kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni.

Bahan2-
Lapisan bawah

2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1 s/t garam
(santan ikut paras pulut (lebihkan sikit) kemudian kukus 25 minit)

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastard
2 s/b tepung beras
1 cawan gula
1 cawan air pandan
2 cawan santan
Cara2-
Sebatikan semua bahan lapisan atas(mama blender je)

Ikut suka masing nak buat dalam loyang atau acuan kecil,sapu sedikit minyak pada loyang /acuan kecil
Tekan pulut kedalam loyang/acuan sehingga padat dan rata.
Tuangkan adunan tepung
Kukus selama 15 minit atau hingga masak (lebihkan masa mengukus jika menggunakan loyang)
Sejukkan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..

_